“Tak Semestinya Sedang Mohon Atau Akan Diberi Mykad” – JPN Beri Penjelasan Selepas Tular Dakwaan Warga Asing Datang Mohon IC

LocalPolitics
20 Aug 2026 • 1:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Tak Semestinya Sedang Mohon Atau Akan Diberi Mykad” – JPN Beri Penjelasan Selepas Tular Dakwaan Warga Asing Datang Mohon IC

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial dakwaan warga asing dipercayai Rohingya datang ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat Kad Pengenalan (IC) serta menggunakan kemudahan fasiliti sedia ada.

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian sehingga ramai yang mempersoal dakwaan pemberian MyKad oleh JPN kepada individu bukan warganegara Malaysia itu.

View on Threads

Kehadiran Warga Asing Ke JPN Tak Semestinya Datang Untuk Mohon MyKad

Terbaharu, JPN dalam satu kenyataan di Threads menjelaskan kehadiran warga asing di premis JPN tidak semestinya bermaksud dia sedang memohon atau akan diberikan MyKad.

Jelas JPN, pihaknya menyediakan pelbagai perkhidmatan pendaftaran serta dokumentasi yang juga melibatkan individu bukan warganegara bergantung kepada jenis urusan yang dijalankan.

JPN Pernah Beri Penjelasan Berhubung Isu Hampir Sama Pada Jun Lalu

Tambah JPN lagi, pihaknya pernah memberikan penjelasan berhubung isu yang hampir sana pada Jun lalu terutamanya apabila melibatkan kekeliruan mengenai pendaftaran kelahiran individu bukan warganegara serta pemberian kewarganegaraan Malaysia.

“Untuk makluman, kehadiran seseorang di premis JPN tidak semestinya bermaksud individu tersebut sedang memohon atau akan diberikan MyKad.

“JPN menyediakan pelbagai perkhidmatan pendaftaran dan dokumentasi yang turut melibatkan individu bukan warganegara, bergantung kepada jenis urusan yang dijalankan,” katanya.

Kelahiran Yang Berlaku Di Malaysia Perlu Didaftarkan Tanpa Kira Si Ibu Atau Bapa Warganegara Atau Bukan Warganegara

Jelas JPN lagi, sijil kelahiran berwarna merah jambu menjadi bukti bahawa kelahiran itu telah didaftarkan di Malaysia dan ia bukanlah bukti individu tersebut merupakan warganegara Malaysia.

Malah, sijil berkenaan turut dikeluarkan kepada mereka yang berstatus bukan warganegara termasuk individu yang tidak memenuhi syarat untuk memperoleh kewarganegaraan.

Tambah JPN, setiap kelahiran yang berlaku di negara ini perlu didaftarkan tanpa mengira ibu atau bapa kanak-kanak terbabit berstatus warganegara atau bukan warganegara.

“Pendaftaran ini penting bagi memastikan setiap kelahiran direkodkan secara rasmi dan tidak bermaksud kewarganegaraan Malaysia diberikan kepada individu berkenaan,” ujarnya.

 JPN Tegas Dakwaan Tak Boleh Dibuat Hanya Berdasarkan Kehadiran Seseorang

Tegas JPN lagi, kenyataan yang mendakwa kehadiran sekumpulan individu dipercayai Rohingya datang ke premis mereka bagi tujuan mendapatkan IC tidak boleh dibuat hanya berdasarkan kehadiran seseorang di jabatan berkenaan.

Ini kerana jelas JPN, terdapat pelbagai urusan lain melibatkan bukan warganegara termasuklah pendaftaran kelahiran dan perkahwinan sivil bukan warganegara.

“Begitu juga, terdapat pelbagai urusan lain di JPN yang sememangnya melibatkan bukan warganegara, termasuk urusan pendaftaran kelahiran serta perkahwinan sivil dengan pasangan bukan warganegara.

“Justeru, jangan membuat kesimpulan hanya berdasarkan kehadiran seseorang di JPN atau berdasarkan sekeping gambar tanpa mengetahui urusan sebenar yang sedang dijalankan.

“Mari kita sama-sama memahami sesuatu isu berdasarkan fakta, konteks dan penjelasan yang tepat, bukan semata-mata berdasarkan persepsi daripada sekeping gambar atau video rakaman yang tidak jelas,” katanya.

View on Threads

60,698 Kelahiran Melibatkan Warga Asing Direkodkan Sehingga Jun Lalu

Sebelum ini, media melaporkan JPN telah merekodkan sebanyak 60,698 pendaftaran kelahiran melibatkan warga asing termasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) sejak tahun 2000 sehingga 19 Jun 2026.

Menurut Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias, ia melibatkan tiga kategori utama iaitu warga Myanmar, Burma serta pemegang kad UNHCR.

Lapor Sinar Harian, sebahagian besar daripada jumlah tersebut dipercayai melibatkan etnik Rohingya namun JPN tidak memecahkan angka tersebut mengikut kategori untuk mengelakkan dari ketidaktepatan data,

JPN juga menegaskan bahawa pendaftaran kelahiran tidak memberikan kewarganegaraan Malaysia secara automatic.

Sebaliknya, ia ditentukan berdasarkan kewarganegaraan ibu bapa serta status perkahwinan mengikut undang-undang.

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Sebarang Kempen Khas Tukar Alamat Pada MyKad – JPN

Baca Artikel Berkaitan: MyKad Generasi Baharu: Kapsyen “Korang Boleh Buang IC Lama” Buat Ramai Keliru, Ini Respon JPN

Baca Artikel Berkaitan: Simpan Dengan Selamat, JPN Kongsi Tips Jaga MyKad Daripada Rosak

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved