Tak sempat jumpa di Pulau Pinang, Anwar telefon Jokowi

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 2:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tak sempat jumpa di Pulau Pinang, Anwar telefon Jokowi

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menghubungi Mantan Presiden Indonesia, Joko Widodo yang kini berada di Pulau Pinang, pagi tadi.

Joko Widodo atau dikenali sebagai Jokowi, kini berada di negeri berkenaan bagi menghadiri program Dialog Keamanan Pulau Pinang.

Anwar berkata, beliau turut memohon maaf kepada Jokowi kerana tidak dapat bertemu berikutan perlu menghadiri program di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2026, Serdang yang dijadualkan lebih awal.

Menurut beliau, perbualan bersama Jokowi berlangsung dalam suasana mesra dengan kedua-duanya bertukar khabar.

“Kami bertukar khabar dalam suasana penuh mesra, selain saya menzahirkan solidariti kepada saudara-saudara kita di Indonesia susulan bencana gunung berapi serta cabaran jerebu yang dihadapi,” katanya menerusi media sosial.

Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia bukan sekadar negara jiran, tetapi dua bangsa serumpun yang diikat sejarah, budaya dan persaudaraan yang akrab.

“Amanah dan kedudukan boleh silih berganti, namun persahabatan dan rasa hormat akan terus kekal.

“Insya-Allah, ikatan ini akan terus dipelihara demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta keamanan dan kemakmuran rantau,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Tak sempat jumpa di Pulau Pinang, Anwar telefon Jokowi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved