Perlis, Kedah, Pulau Pinang diramal hujan lebat petang ini

LocalEnvironment
6 Sep 2026 • 1:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perlis, Kedah, Pulau Pinang diramal hujan lebat petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat hanya di tiga negeri, petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, negeri terlibat adalah Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, Kedah (Langkawi) dan Pulau Pinang (Barat Daya) sehingga pukul 3:00 petang ini,” kata kenyataan itu.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

The post Perlis, Kedah, Pulau Pinang diramal hujan lebat petang ini appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved