Tak Sempat Penduduk Nak ‘Merasa’, Jambatan Roboh Masa Tengah Rasmi

7 Sep 2022 • 3:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tak Sempat Penduduk Nak ‘Merasa’, Jambatan Roboh Masa Tengah Rasmi

Sebuah jambatan dilaporkan runtuh sewaktu ahli politik berkumpul untuk merasmikannya di Republik Demokratik Congo, lapor Khaama Press,

Dalam video itu, seorang pengawai dilihat sudah bersiap sedia untuk merasmikan jambatan itu yang lengkap dengan reben merah dan gunting bersamanya.

Bagaimanapun, selepas memotong reben merah, jambatan berkenaan tiba-tiba roboh dan membuatkan mereka yang berada di atas struktur itu panik.

Salah seorang pegawai wanita yang berada di atas jambatan tersebut berjaya diselamatkan apabila seorang lelaki berjaya menolongnya.

Manakala, pegawai-pegawai yang lain dilihat masih berada di atas jambatan itu. Tetapi mujurlah mereka tidak jatuh ke bawah.

Menurut iHarare, insiden jambatan roboh itu berlaku pada minggu lepas. Berdasarkan video kemalangan tersebut, orang ramai mempersendakan kualiti pembinaan jambatan itu selepas rakaman itu tersebar di media sosial.

Difahamkan, jambatan itu dibina bagi membantu penduduk tempatan untuk menyeberangi sungai sewaktu musim tengkujuh ekoran laluan sebelum itu seringkali pecah.

Sehingga kini, video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Ada yang berkata bahawa reben itu nampaknya seperti ‘mengikat’ jambatan, menyebabkannya runtuh apabila digunting.