“Tak semua orang perlu buat podcast” – Naim Daniel Bidas Pempengaruh Anggap SPM Tak Ada Nilai

Entertainment
24 Jan 2024 • 12:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video daripada seorang pempengaruh yang menyifatkan sebarang pendidikan di sekolah yang kita pernah pelajari dahulu tidak ada sebarang nilai.

Jelasnya, ilmu yang benar-benar ada nilai adalah ilmu daripada Allah, kata-kata itu dikatakan menerusi satu podcast dan tular di media sosial.

Susulan dengan kenyataan itu, ia sudah semestinya mengundang kritikan dan kecaman orang ramai termasuklah penyanyi Naim Daniel.

Respon ringkas tapi makan dalam daripada penyanyi lagu Sumpah ini telah meraih lebih daripada 14,000 jumlah perkongsian dan majoritinya mendapat sokongan netizen.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Memang tak semua perkara kita implement dari sekolah bila dah besar ni, tapi sekurang-kurangnya ada didikan yang kita terima.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.