“Tak Semua Orang Sanggup Nak Gali Segala Benda..” – Diana Danielle Dedah Ramai Pilih ‘Tiada Persefahaman’ Sebagai Alasan Bercerai

LocalEntertainment
30 Oct 2026 • 6:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Diana Danielle mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai alasan ‘tiada persefahaman’ yang sering disenaraikan sebagai antara punca perceraian pasangan suami isteri di Malaysia.

View this post on Instagram

Advertisement

Perkara itu tercetus selepas seorang pengguna media sosial mempersoalkan mengapa alasan berkenaan menjadi punca utama perceraian, sedangkan kecurangan dan sikap pasangan yang tidak bertanggungjawab lebih mudah difahami.

Diana Danielle Ulas Punca Ramai Bercerai?

Menerusi perkongsian di media sosial, individu tersebut memetik data daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menyenaraikan beberapa punca perceraian.

Menjawab persoalan tersebut, Diana menjelaskan alasan ‘tiada persefahaman’ mungkin digunakan kerana tidak semua individu sanggup melalui proses panjang untuk membuktikan kecurangan atau sikap pasangan yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, alasan tersebut membolehkan seseorang menjelaskan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pihak sudah tidak menemui jalan penyelesaian atau titik persamaan dalam perkahwinan.

Diana Danielle Dakwa Proses Bercerai Lama Disebabkan Oleh..

Diana berkata, isu kecurangan atau sikap tidak bertanggungjawab mungkin memerlukan bukti serta proses tertentu, sekali gus menyebabkan sesetengah pasangan memilih untuk menjelaskan keadaan perkahwinan mereka sebagai tiada persefahaman.

dfd

“Sebab tak nak panjangkan cerita. No. 2 dan No. 3 kena sertakan bukti dan ikut saluran lain. Tak semua orang sanggup nak gali segala benda. Proses lagi lama.

“Tiada persefahaman = straightforward process, beritahu mahkamah kedua-duanya tidak dapat mencari titik persamaan atau ketenangan dalam perkahwinan, yang tinggal hanya pertengkaran dan tekanan mental. Sedangkan panjang cerita,” jelasnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan penjelasan yang diberikan Diana mengenai maksud di sebalik alasan ‘tiada persefahaman’ dalam sesebuah perkahwinan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Tak Semua Orang Sanggup Nak Gali Segala Benda..” – Diana Danielle Dedah Ramai Pilih ‘Tiada Persefahaman’ Sebagai Alasan Bercerai2026-10-30 09:56:13

Erma Fatima Dikritik Minta 'Sponsor' Makanan Untuk Penggambaran Filem - “Setakat Logo Je Dalam Kredit 'Scene', Tak Berbaloi”

The post “Tak Semua Orang Sanggup Nak Gali Segala Benda..” – Diana Danielle Dedah Ramai Pilih ‘Tiada Persefahaman’ Sebagai Alasan Bercerai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved