Tiada Sefahaman Salah Satu Faktor Pasangan Bercerai, Diana Danielle Kongsi Pendapat - “Tak Semua Orang…”

30 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Tiada Sefahaman Salah Satu Faktor Pasangan Bercerai, Diana Danielle Kongsi Pendapat - “Tak Semua Orang…”

Pelakon, Diana Danielle menyorot perhatian netizen selepas berkongsi mengenai alasan ‘tiada persefahaman’ yang sering dikaitkan dengan punca perceraian pasangan suami isteri.Perkara itu tercetus selepas seorang individu mempersoalkan mengapa tiada persefahaman menjadi antara punca perceraian di Malaysia, sedangkan alasan seperti kecurangan dan sikap pasangan yang tidak bertanggungjawab lebih mudah difahami.“Punca perceraian di Malaysia mengikut data daripada LPPKN:Tiada persefahamanPasangan curangPasangan tidak bertanggungjawab.2 dengan 3 tu aku faham lagi. No. 1 tu boleh korang kongsi tak, tiada persefahaman tu sebab apa?” tulisnya.Diana menjelaskan alasan tiada persefahaman mungkin dipilih kerana tidak semua individu sanggup melalui proses panjang untuk membuktikan kecurangan atau sikap pasangan yang tidak bertanggungjawab.Menurutnya, alasan tersebut membolehkan seseorang menjelaskan kepada mahkamah mereka tidak lagi menemui jalan penyelesaian atau titik persefahaman dalam perkahwinan, sehingga hubungan itu hanya dipenuhi pertengkaran dan tekanan mental.“Sebab tak nak panjangkan cerita. No. 2 dan No. 3 kena sertakan bukti dan ikut saluran lain. Tak semua orang sanggup nak gali segala benda. Proses lagi lama.“Tiada persefahaman = straightforward process, beritahu mahkamah kedua-duanya tidak dapat mencari titik persamaan atau ketenangan dalam perkahwinan, yang tinggal hanya pertengkaran dan tekanan mental. Sedangkan panjang cerita,” jelasnya.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan penjelasan yang diberikan oleh aktres tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved