“Tak Semua Perkara Perlu Dikongsi Kepada Umum…” - Anak Sulung Norman Hakim & Abby Abadi

7 Nov 2026 • 11:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Tak Semua Perkara Perlu Dikongsi Kepada Umum…” - Anak Sulung Norman Hakim & Abby Abadi

Kenyataan anak sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danish Hakim yang mengatakan dia ada meminta nasihat soal rumah tangga daripada bapanya mengundang pelbagai reaksi wargamaya.  Danish bagaimanapun meluahkan rasa syukur dikurniakan ibu dan bapa yang terbaik di dunia.  “Tak ada manusia yang sempurna, dan saya bersyukur dikurniakan mak ayah yang terbaik di dunia,” kongsinya di ruang komen di Instagram.  Menurut Danish lagi, dia enggan berkongsi lebih di laman sosial mengenai hal peribadi dan selesa menyelesaikan apa saja isu keluarga di belakang kamera.  “Apa saja yang dikongsikan di media sosial, just enjoy the entertaiment. Apa yang saya pilih untuk keep it private, let us settle behind the scenes. “Tak semua perkara perlu dikongsi kepada umum,” ujarnya lagi.  Sebelum ini, Danish kehidupannya hampir setiap hari dipenuhi dengan kata-kata nasihat dan tunjuk ajar daripasa bapanya terutama soal rumah tangga.  Bagaimanapun kenyataan itu mengundang rasa kurang senang wargamaya yang beranggapan Danish sepatutnya turut meminta nasihat daripada ibunya, Abby Abadi. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved