“Tak Semua Saya Boleh Kawal” – Khairul Aming Bidas Netizen Isu Scalper Jual Balik Sambal Bilis RM25 Sebotol

LocalBusiness & Finance
25 Aug 2026 • 10:16 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu scalper Sambal Nyet Bilis sekali lagi mencuri perhatian apabila ada yang mendakwa produk keluaran Khairul Aming itu dijual semula pada harga mencecah RM25 sebotol.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu mempersoalkan sama ada Khairul Aming sedar mengenai kegiatan tersebut selain berpendapat isu scalper berlaku kerana permintaan terhadap produk berkenaan masih tinggi.

Khairul Aming jawab isu scalper sambal

Tidak berdiam diri, Khairul Aming tampil membalas dan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai kawalan terhadap tindakan pembeli selepas produk tersebut sudah berada di tangan mereka.

Menurut usahawan itu, pihaknya sudah berusaha keras untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan, namun bukan semua perkara berada dalam kawalannya.

khairul aming

Tambahnya, komen yang diberikan seolah-olah menuduh dirinya sengaja membiarkan sambalnya dijual semula dengan harga yang lebih tinggi.

Terdahulu, produk terbaru Khairul Aming iaitu Sambal Nyet bilis ‘sold out’ dalam masa kurang dua minit selepas dilancarkan di TikTok.

Tidak lama selepas itu, usahawan ini kemudian ‘restock’ sebanyak 150,000 botol di aplikasi Shopee dan turut ‘sold out’ dalam masa beberapa minit.

Jom berikan sokongan buat TeamMAS ke Sukan Asia Aichi-Nagoya Japan 2026

The post “Tak Semua Saya Boleh Kawal” – Khairul Aming Bidas Netizen Isu Scalper Jual Balik Sambal Bilis RM25 Sebotol appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved