Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Jika ada satu perkara yang Khairul Aming sudah buktikan berkali-kali, ia semestinya kemampuan usahawan ini untuk buat orang ramai tunggu dan serbu produk yang dijual olehnya.
Terbaru, pelancaran Sambal Nyet Ikan Bilis pada 7 Ogos lalu sekali lagi mencipta rekod apabila dilaporkan jualannya mencecah RM2 juta dalam masa kurang 2 minit ia dilancarkan menerusi TikTok live.
Difahamkan sebanyak 150,000 botol sambal terjual pada Jumaat lepas, ketika siaran langsung itu diadakan di Level 118 Menara Merdeka Maybank. Hebatkan?

Kini yang menjadi persoalannya, bagaimana Khairul Aming boleh menarik minat orang ramai setiap kali beliau melancarkan produk terbarunya?
Yang menarik lagi, bakal pelanggan ini sudah standby siap-siap menantikan produk yang bakal dilancarkan tanpa disuruh-suruh.
Ini lima sebab kenapa setiap kali produk baru Khairul Aming dilancarkan, ia sentiasa menjadi perhatian ramai.
Artikel berkaitan: “Rasa berbeza, lebih kick” – Siap Turun Sendiri Ke Laut, Khairul Aming Lancar Produk Baharu
Artikel berkaitan: “Aku lagi bangga sebenarnya” – Ini Reaksi Khairul Aming Lepas Netizen ‘Throwback’Video Menari Ketika Zaman Universiti
1. Khairul Aming bina ‘audience’ dulu, baru jual produk
Sebelum menjadi usahawan, Khairul Aming dilihat sebagai content creator yang sudah lama membina komuniti menerusi content masakan dan personal branding.
Jadi bila dia keluarkan produk baharu, dia tak perlu bermula dari kosong untuk cari pelanggan baru. Khairul Aming menjual produknya kepada komuniti yang sudah mengikuti perjalanannya sejak dari awal kemunculannya lagi.
View this post on Instagram
2. Bukan sekadar jual produk, tapi jual cerita
Lihat sahajalah bagaimana Khairul Aming mempromosikan produk Sambal Nyet Bilis terbaharunya itu.
Beliau menceritakan pengalaman turun ke laut bersama nelayan di Setiu, Terengganu bagi memahami proses tangkapan ikan bilis dan cabaran yang mereka lalui menerusi video promosinya.
View this post on Instagram
Dia juga menceritakan mengenai proses R&D yang dilakukan berbulan-bulan lamanya dan diikuti pula dengan proses penghasilan video dan content untuk pelancaran tersebut.
Menerusi video promosi itu, orang tidak hanya melihat produk yang dihasilkan Khairul Aming sebagai sambal semata-mata tetapi ia juga membawa kisah nelayan dan petani yang terlibat di sebaliknya.
3. Tidak ‘launch’ produk dengan gaya biasa-biasa
Pelancaran produk Khairul Aming selalunya diadakan sebagai satu acara penting yang tidak seharusnya dilepaskan pelanggan.
Ia disusuli dengan rakaman teaser, countdown, TikTok live besar-besaran dan momen pelancaran yang diadakan di lokasi gah.
Untuk sesi live pelancaran Sambal Nyet Bilis ini, TikTok live acara itu telah diadakan di Menara Merdeka Maybank dengan anggaran penonton mencecah 388,000.
Acara live ini dilihat bukan sahaja ‘acara membeli’ tetapi ia juga lebih kepada orang hendak lihat apa yang berlaku semasa live itu.
View this post on Instagram
4. Sudah bina kepercayaan menerusi produk terdahulu
Seperti yang ramai sedia maklum, Sambal Nyet Bilis bukanlah produk pertama yang dikeluarkan Khairul Aming. Ia merupakan produk sambal kedua di bawah jenama Sambal Nyet selepas Sambal Nyet Berapi yang sudah berada di pasaran selama enam tahun.
Terdahulu, pelancaran produk lainnya seperti Dendeng Nyet Berapi dan Rendang Nyet Berapi juga mencatatkan angka jualan besar.
Oleh itu, apabila produk baharu muncul, pelanggan sudah semestinya mempunyai kepercayaan terhadap produknya.

5. ‘Audience’ sendiri bantu buat promosi
Produk yang dikeluarkan Khairul Aming ternyata tidak memerlukan paid review seperti sesetengah produk lain.
Pelanggan yang membeli produk sambal daripadanya pasti akan membuat posting atau content tanpa disuruh seperti:
“Akhirnya berjaya juga battle beli sambal nyet KA”
“Yes berjaya checkout!”
“Dah sold out gais!”
Secara tak langsung, mereka sedang memberitahu orang lain bahawa ramai orang sedang membeli produk tersebut. Inilah yang dipanggil social proof.
Bila orang nampak ramai yang berebut membeli, ia juga menimbulkan rasa ingin tahu kepada orang lain sehingga ada yang tertanya,
“Apa yang best sangat sambal nyet Khairul Aming ni?”
Jadi, korang yang baca ni berjaya tak battle Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tempoh hari? Share pengalaman di ruangan komen sepanjang menjadi pelanggan tegar produk usahawan ini.
Sumber: Malay Mail, Gempak, Berita Harian
Sumber: Facebook Sumber: InstagramArtikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






