Tak Sengaja Pulas Pendikit, Kanak-kanak 4 Tahun Cedera Motosikal Vespa Rempuh Pintu Kaca Kedai

1 Feb 2026 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Thailand cedera selepas secara tidak sengaja terpulas pendikit (throttle) sebuah motosikal Vespa, menyebabkan kenderaan itu merempuh pintu kaca sebuah kedai serbaneka baru-baru ini.

Menurut laporan Bangkok Post, kejadian berkenaan berlaku di sebuah kedai serbaneka di daerah Lat Lum Kaeo.

Insiden itu turut mengakibatkan kecederaan kepada ibu saudara kanak-kanak tersebut.

Difahamkan, ibu saudara kanak-kanak itu pada mulanya telah memarkir Vespa itu di hadapan kedai selepas menurunkan dua orang penumpang dengan enjin masih hidup.

image is not available

 

Namun, kanak-kanak yang duduk di bahagian hadapan Vespa itu secara tiba-tiba dan tidak sengaja telah memulas pendikit motosikal berkenaan, sekali gus menyebabkan kenderaan itu merempuh pintu kaca kedai sebelum masuk ke dalam premis.

Insiden tersebut turut mengakibatkan barangan di rak hadapan kedai rosak dan bertaburan.

Sumber: Bangkok Post

Sumber: Bangkok PostSumber: Bangkok Post

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.