Tak Sengaja Tercalarkan Kereta Jiran, Budak Lelaki Tinggalkan Surat Minta Maaf & Duit RM50 Sebagai Ganti Rugi

Entertainment
11 Nov 2023 • 10:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Melentur bulu biarlah dari rebungnya, itulah yang boleh digambarkan kepada situasi kanak-kanak lelaki ini apabila dia bersikap jujur walaupun umurnya masih setahun jagung.

Kanak-kanak lelaki dari China yang berada dalam lingkungan umur budak sekolah rendah tersebut menjadi perhatian apabila dia menulis surat permohonan maaf kepada jirannya setelah dia secara tidak sengaja tercalarkan kereta jirannya.

image is not available

Pada mulanya, jirannya yang merupakan seorang wanita tidak perasan pun calar yang ada pada keretanya itu kerana kesan calar itu sangat kecil, namun apabila dia memandu keluar dari kawasan perumahannya itu, tiba-tiba pengawal keselamatan kawasan itu memintanya untuk menghentikan kereta untuk memberi sesuatu.

Rupa-rupanya, pengawal keselamatan itu mahu memberikan surat permohonan maaf yang dikirimkan oleh budak lelaki tadi untuk meminta maaf atas kesalahannya yang secara tidak sengaja tercalarkan kereta wanita itu.

Dalam surat tersebut, budak lelaki itu bukan sahaja memohon maaf, malah dia juga bertanya berapa yang perlu dibayarnya untuk ganti rugi.

Semalam, saya tercalarkan kereta anda dengan kayu dan saya rasa amat bersalah dengan kejadian itu. Sekarang, saya hanya ada 50 yuan. Berapa yang perlu saya bayar untuk membaiki kereta anda? Bolehkah saya membayar ganti rugi tersebut secara ansuran? Saya minta maaf” ujarnya menerusi surat berkenaan.

Lagi comel apabila budak lelaki tersebut turut memberikan wang sebanyak 50 yuan (kira-kira RM32.19) sebagai ganti rugi untuk membaiki kesan calar pada kereta terbabit.

image is not available

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Xu mengatakan dia merasakan kanak-kanak itu sangat comel kerana bersikap jujur dan berani mengaku kesalahan.

Xu dan suaminya kemudiannya berjumpa dengan budak lelaki itu untuk mengatakan mereka telah menerima surat ucapan maaf itu.

Namun, mereka juga memberi semula wang itu kepada kanak-kanak itu sebagai ganjaran kerana kejujurannya.

Comel je kan budak ni, sejuk perut mak dia mengandungkan dia.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.