“Tak Sensitif Langsung, Simpan Sendiri Jelah” – ‘Fangirl’ Dengan Pemain Badminton Thailand, Hannah Yeoh Teruk Dikecam Netizen

7 Aug 2024 • 4:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ada memuat naik foto bersama pemain badminton perseorangan lelaki negara Thailand, Kunlavut yang ketika itu memegang pingat perak yang berjaya dimenangi.

Dapat dilihat dalam hantaran foto tersebut, Hannah mengucapkan tahniah buat Kunlavut yang berjaya memenangi pingat perak kerana tewas dengan pemain badminton negara Denmark, Victor Axelsen.

So calm and collected. Dia mempunyai fan baru iaitu saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Yeoh (@hannahyeoh)

Dalam pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa kagum dengan cara permainan Kunlavut di Sukan Olimpik Paris 2024 dan seronok perlawanannya.

Bagaimanapun, hal tersebut tidak diterima baik oleh netizen dan ada segelintir beranggapan Hannah Yeoh tidak sensitif serta tidak mempunyai sifat patriotik.

image is not available

Walaupun ada yang mengecam, ada juga netizen yang menyebelahi Hannah dengan mengatakan dia hanya mempamerkan semangat kesukanan dan persahabatan.

image is not available

image is not available 2 days ago

"Raikan Kemenangan Anak Muda Ini Yang Bangkit Semula.." - Hannah Yeoh Mohon Berhenti Ganggu Lee Zii Jia