“Tak Sensitif” – Tindakan Hannah Yeoh Muat Naik Gambar Dengan Kunlavut Vitidsarn Di Paris Cetus Perdebatan

7 Aug 2024 • 1:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 kali ini nyata mempunyai pelbagai kisahnya yang tersendiri hingga ada sahaja kisah yang menjadi bualan ramai.

Belum pun reda dengan isu Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang membawa ahli keluarga ke Paris, timbul pula kisah baharu yang melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Muat Naik Gambar Bersama Juara Dunia 2023

Hantaran terbaharu Hannah yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya menjadi bualan apabila ramai pihak mendakwa dia tidak sensitif.

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan Hannah memuat naik beberapa keping gambar bersama pemain badminton dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn selepas memenangi pingat perak di Sukan Olimpik.

Apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen yang dimuat naik oleh Hannah dilihat menzahirkan ucapan tahniah dan ‘memuji’ corak permainan Juara Dunia 2023 itu. Ini membuatkan Hannah mula meminatinya.

“Tahniah Kunlavut kerana memenangi pingat perak di Paris 2024. Saya sangat menyukai corak permainan badmintonnya.

“Sangat tenang dan terkawal. Saya peminat barunya!” tulis Hannah menerusi hantaran tersebut.

Hantaran Undang Pelbagai Reaksi

Tangkap layar hantaran berkenaan yang turut dimuat naik oleh seorang peguam di Facebook nyata mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Hannah Yeoh, you are in Paris on an official duty (whatever that is), and not to take photos with the athletes there,…

Posted by DR. SHAMSHER SINGH THIND on Tuesday 6 August 2024

Rata-rata menzahirkan rasa tidak puas hati dengan kandungan yang dimuat naik oleh Hannah yang juga merupakan Ahli Parlimen Segambut.

Kebanyakan netizen menganggap Hannah tidak sensitif dan tiada ‘common sense’ kerana memuat naik hantaran bersama pihak lawan yang sebelum ini telah menumpaskan pemain badminton negara, Lee Zii Jia.

Malah, ada pengguna media sosial yang berpendapat sebagai Menteri Belia dan Sukan, Hannah sepatutnya bertindak profesional dan peka serta menunjukkan sokongan penuh terhadap atlet Malaysia yang lain.

Ada Yang Beranggapan Hannah Hanya Menghormati Pihak Lawan

Namun, ada juga pengguna media sosial yang dapat menerima hantaran tersebut kerana bagi mereka tiada salahnya Hannah memuat naik hantaran demikian sebagai menunjukkan rasa hormat terhadap pihak lawan.

Malah, sikap ini juga menunjukkan semangat kesukanan Hannah sebagai seorang ‘ketua’ dalam bidang sukan di Malaysia.

Sekadar info, Kunlavut menewaskan pemain perseorangan badminton negara Lee Zii Jia dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris pada Ahad (4 Ogos) lalu.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Wow Tidak Sensitif. Macam Ini Ke Menteri KBS? Tak Patriotik Langsung”

image is not available

“Agak-Agak La Nak Posting Gambar Pun, Dah La Pemain Malaysia, Lee Zii Jia Kalah Pada Kunlavut Lepas Tu Menteri Buat Status Macam Ni”

image is not available

“Mana Common Sense Sebagai Menteri Belia & Sukan Eh?”

image is not available

“Patut Ambil Gambar Dengan Laksya Sen Sekali Untuk Rapatkan Hubungan Diplomatik India-Malaysia”

image is not available

“Sedihnya Tengok Komen, Kalau Nak Orang Lain Puji Atlet Kita, Kenapa Kita Tak Boleh Sokong Yang Lain? Bukannya Dia Post Waktu Perlawanan Dengan Pemain Kita”

image is not available

“Tugas Menteri Sukan Adalah Promosi & Beri Sokongan Kepada Atlet, Jadi Kenapa Menjadi Satu Kesalahan Bergambar Dengan Atlet Lain?”

image is not available

Source: