“Tak sure kebetulan ke apa” – Ruhainies Dakwa Drama Terbaru Ada Kaitan Dengan Ujian Dia Hadapi Sekarang

Entertainment
2 May 2024 • 5:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam kontoversi yang kini sedang melanda dirinya, pelakon Ruhainies masih meneruskan kehidupannya seperti biasa dan terkini dia dikatakan baru sahaja elesai menjalani penggambaran drama terbaru berjudul Terjerat.

Jelas Ruhainies, jalan cerita untuk drama tersebut banyak persamaan dalam drama itu dan ia seolah-olah ada kaitan termasuklah kontroversi bersama hero iaitu Aliff Aziz.

“Jalan cerita drama ni sebenarnya lebih kurang cerita in real life, benda yang sama saya tengah hadapi sekarang. Tak pasti kebetulan ke apa, Masih tak boleh nak fikir, jalan cerita, dialog, macam-macam lagi.”

image is not available

Kenyataan itu diberikan menerusi satu sesi soal jawab menerusi IG Story miliknya. Untuk rekod, pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff tangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

image is not available

Isu menjadi semakin hangat bila Sarah Yasmine dedah dia adalah kekasih gelap Aliff sejak Januari lalu. Dari situ, bermacam-macam pendedahan menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp yang dipercayai antara Aliff dan wanita yang dinamakan NRF.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.