“Tak tahu kandungan apa yang dibuat” – Afdlin Shauki Ulas Isu DS Rosmah Saman Harith Iskander

LocalEntertainment
23 Jul 2026 • 11:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft afdlin harith

Pelakon, pengarah dan pelawak Datuk Afdlin Shauki tidak dapat memberikan sebarang komen terhadap lawak yang dipersembahkan oleh rakan seangkatannya, Harith Iskander sehingga menyebabkan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman terhadap Harith.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Afdlin Shauki Aksan mempunyai pendapat tentang penerimaan orang-orang tempatan terhadap komediri (stand-up comedy) yang masih lagi terhad jika dibandingkan dengan hiburan luar negara.

Artikel berkaitan: Rosmah Mansor Saman Harith Iskander, Didakwa Hina Rupa Paras Dalam Persembahan Komedi

Artikel berkaitan: “Saya minta maaf..” – Suspek Ugut Keluarga Harith Iskander Dipenjara 5 Bulan

Jelasnya, perkara tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan penggiat seni komedi untuk berkarya kerana adanya batasan.

Screenshot 2026 07 23 112845

“Apa yang saya perasan di Malaysia, penerimaannya masih lagi susah. Orang sukar nak terima sesuatu perkara itu sekadar guruan.”

“Dalam kes Harith, saya tak tengok persembahan dia dan tak tahu kandungan apa yang dibuat, jadi saya tak boleh nak komen sangat.”

“Kita sepatutnya boleh terima apa yang dibuat oleh pelawak, cuma budaya kita berbeza dengan Amerika Syarikat yang lebih bebas. Di Malaysia, buat sesuatu itu kena ada bukti.”

Sebelum ini, Datin Seri Rosmah telah memfailkan tuntutan saman pada 9 Jun lalu, dakwanya, Harith telah menghina paras rupa dan fizikalnya sewaktu membuat persembahan komedi Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour di Melaka pada Januari lalu.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved