“Tak tahu nak nangis ke gelak” – Wanita Terkejut Dicaj RM8.50 Untuk 5 Butir Cendawan

Entertainment
13 Jul 2023 • 5:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang sering ke restoran hotpot atau penggemar makanan sedemikian, pastinya korang tahu yang ada beberapa cara untuk diorang tentukan harga hidangan yang diberikan dan pastinya perkara yang korang taknak adalah ‘ditipu’ oleh peniaga yang menggunakan pelbagai taktik.

Seorang wanita baru-baru ini berkongsi pengalamannya ‘ditipu’ untuk membayar RM8.50 untuk sepinggan cendawan butang yang hanya ada 5 butir yang dipotong separuh oleh salah sebuah restoran hotpot di Puchong.

Menurut perkongsian di platform Xiaohongshu baru-baru ini, wanita berkenaan terkejut apabila dia dikenakan bayaran berikut untuk sepinggan cendawan di restoran yang telah disyorkan oleh sepupunya disebabkan servis dan persekitaran yang memuaskan selain sup yang disajikan di restoran tersebut sedap.

image is not available

Namun, segalanya berubah selepas pesanan cendawannya tiba kerana ia hanyalah 5 butir cendawan butang yang telah dipotong separuh.

Menerusi kapsyen wanita itu lagi, dia tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi kepada situasi berkenaan sama ada mahu bersedih atau ketawa disebabkan tidak pernah cendawan (jenis itu) dihidangkan sebegitu rupa.

image is not available

Dalam masa yang sama, dia juga sempat tertanya sama ada hidangan berkenaan jarang atau tidak pernah dipesan oleh pelanggan menyebabkan restoran itu bertindak untuk ‘menipu’ tentang porsi makanan tersebut.

Wanita tersebut juga sempat berkongsi kos untuk setin cendawan butang berkenaan jika nak dibandingkan dengan harga yang dikenakan oleh restoran berkenaan.

Korang rasa patut ke restoran tu cas harga macam tu?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.