
Pelakon, Bella Astillah memberitahu dia enggan mencari calon suami dalam kalangan penggiat seni sekiranya kembali bertemu jodoh suatu hari nanti.
Mengulas lebih lanjut mengenai ciri-ciri lelaki yang diidamkan, Bella atau Dayang Ara Nabella Astillah berkata, dia juga tidak tertarik dengan lelaki yang merokok dan mengambil minuman keras atau bahan terlarang.

Tak hisap rokok, vape dan shisha. Sudah tentu tak pergi kelab malam! Tak minum alkohol.
Tidak terlibat dengan bahan terlarang dan paling penting dia bukan dalam industri seni.
Perkara ini dikongsikan menerusi satu hantaran di TikTok milik adiknya, Didi Astillah dan turut dilihat Didi mengusik kakaknya dengan bertanya jika dia mahu lelaki dari bidang politik.
@didi_angel_astillahNahhh saya belanja kamurang jawapan cepumas dari kak bella. Saya lari dulu ah gaissss bye♬ original sound – Didi Angel Astillah
Sebelum ini, keakraban Bella dan Syed Saddiq menjadi bualan netizen malah ada juga yang mengatakan mereka memberi restu sekiranya mereka benar-benar menjalinkan hubungan romantik.
Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu Bersama, Syed Saddiq 'Dicabar' Kahwini Bella Astillah Pula - "Prepare Gambar Pre-Wed Ke?"
The post “Tak Terlibat Dengan Barang Terlarang & Paling Penting Bukan Dalam Industri Seni” – Bella Astillah Kongsi Ciri Lelaki Idaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


