“Tak tuntut sebarang nafkah terhadap bekas suami” – Datuk Red & Adira Sah Bercerai Talak Satu

Entertainment
24 Apr 2024 • 10:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ikatan perkahwinan di antara Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Adnan Abu dengan penyanyi, Adira Suhaimi akhirnya terlerai hari ini apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pagi tadi.

Adnan, 46, melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor.

Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” lafaznya.

Usai melafazkan cerai, Datuk Red kelihatan agak sugul dan sayu manakala Adira pula kelihatan tenang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Pada masa yang sama, Adira juga difahamkan bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.

Usahawan berkenaan juga dilihat hadir ke mahkamah ditemani peguamnya, Muhammad Akmal Azman dan Adira pula bersama peguamnya, Norman Saidah Zakaria.

image is not available

Untuk rekod, Adira telah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red di mahkamah yang sama atas alasan tiada persefahaman pada 25 Oktober lalu.

Adira juga sebelum ini pernah memfailkan permohonan cerai terhadap bekas suaminya itu pada 1 April 2019 namun menarik semula kerana ingin memberi peluang kepada suami selain cuba berbaik demi anak.

Adira dan Adnan telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 2015 sebagai isteri kedua dan dikurniakan empat orang cahaya mata selama sembilan tahun perkahwinan.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.