Takaful Malaysia catat untung RM305.6 juta suku kedua 2026

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2026 • 7:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Takaful Malaysia catat untung RM305.6 juta suku kedua 2026

PETALING JAYA – Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi kukuh bagi tempoh suku kedua berakhir 30 Jun 2026, dengan hasil takaful meningkat tujuh peratus kepada RM2 bilion berbanding RM1.8 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Keuntungan sebelum zakat dan cukai turut meningkat enam peratus kepada RM305.6 juta daripada RM287 juta sebelumnya, didorong prestasi berterusan perniagaan takaful keluarga dan takaful am.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nor Azman Zainal berkata, prestasi itu mencerminkan daya tahan perniagaan serta keberkesanan strategi Kumpulan dalam mengekalkan pertumbuhan yang mampan.

“Ini bukan sekadar tentang mencapai angka yang lebih tinggi. Kualiti dan kemampanan pendapatan kekal penting dalam strategi kami.

“Portfolio kami yang pelbagai, pendekatan pengunderaitan dan pelaburan yang berdisiplin, berserta pelepasan margin perkhidmatan kontrak (CSM) yang berterusan menyediakan asas kukuh untuk kami mendepani keadaan pasaran yang berubah-ubah sambil mengejar pertumbuhan mampan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi separuh kedua 2026, Takaful Malaysia melihat peluang pertumbuhan berikutan asas ekonomi yang berdaya tahan, jurang perlindungan yang masih wujud serta peningkatan kesedaran individu, perniagaan dan institusi terhadap kepentingan perlindungan kewangan menyeluruh.

Nor Azman berkata, fasa pertumbuhan seterusnya bukan sekadar memperluaskan perniagaan, sebaliknya memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti pertumbuhan, pengukuhan hubungan pelanggan dan penciptaan nilai lebih besar dalam ekosistem takaful.

“Kami akan terus melabur dalam tenaga kerja, teknologi, produk dan keupayaan pengedaran, selain memperkukuh kerjasama strategik.

“Pendigitalan kekal sebagai pemacu penting bagi menjadikan takaful lebih mudah diakses, relevan dan selesa untuk pelanggan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Takaful Malaysia catat untung RM305.6 juta suku kedua 2026 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved