Takaichi anggap kediaman rasmi PM tempat kerja

WorldPolitics
23 Aug 2026 • 4:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Takaichi anggap kediaman rasmi PM tempat kerja

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mempertahankan tindakannya kerap berada di kediaman rasmi berdekatan Pejabat Perdana Menteri sebagai usaha mewujudkan persekitaran kerja yang cekap, bukannya untuk memencilkan diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menerusi beberapa hantaran di platform X semalam, Takaichi menjelaskan fasiliti di kediaman tersebut membolehkannya membuat keputusan pantas dan mengambil tindakan segera tanpa mengira masa, termasuk pada awal pagi, lewat malam atau hari cuti.

“Saya mewujudkan persekitaran untuk bekerja sama ada di pejabat mahupun di kediaman rasmi. Langkah ini juga dapat mengurangkan beban kawalan keselamatan dan jumlah kakitangan yang diperlukan,” katanya sebagai menepis laporan media tempatan yang mengkritik beliau kerana menghabiskan sepanjang hari di kediaman tersebut.

Dalam pada itu, Takaichi turut menyentuh khabar angin popular berhubung kediaman rasmi berkenaan yang sering dikaitkan dengan kisah berhantu.

Beliau mengesahkan tidak pernah bertembung dengan sebarang makhluk halus, sebaliknya berseloroh hanya pernah terjumpa seekor lipas sewaktu menguruskan kerja-kerja rumah sendiri.

Kediaman yang dibina pada lewat 1920-an itu mempunyai sejarah hitam apabila menjadi lokasi pembunuhan Perdana Menteri Tsuyoshi Inukai dalam cubaan rampasan kuasa pada tahun 1932, diikuti satu lagi insiden pemberontakan yang gagal empat tahun kemudian.

Peristiwa sejarah yang dikenali sebagai Insiden 15 Mei dan Insiden 26 Februari itu mencetuskan khabar angin bangunan berkenaan ‘diduduki’ mangsa terkorban.

Takaichi, yang mula memegang jawatan Perdana Menteri pada Oktober dan berpindah ke kediaman itu pada Disember, kini berdepan dengan penurunan kadar sokongan awam.

Pentadbirannya sedang mendesak beberapa agenda berprofil tinggi, termasuk semakan semula Undang-Undang Kerabat Diraja bagi mengekalkan sistem pewarisan takhta khusus untuk lelaki, serta cadangan pengurangan sementara cukai penggunaan ke atas barangan makanan.- AGENSI

The post Takaichi anggap kediaman rasmi PM tempat kerja appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved