‘Takdak kedai Siam susah kami nak makan’ – Kieda Crepe

LocalFood
28 Jul 2026 • 2:11 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pelanggan menikmati hidangan masakan Thai di sebuah kedai Siam yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Aroma harum tomyam, rasa masam pedas yang menyegarkan serta hidangan ala Thai yang kaya dengan rempah menjadikan kedai Siam antara pilihan makanan yang tidak pernah sunyi dikunjungi rakyat Malaysia.

Bukan sekadar tempat menjamu selera, kedai Siam kini menjadi sebahagian daripada budaya makan masyarakat tempatan, terutama bagi mereka yang menggemari masakan Thai yang terkenal dengan keseimbangan rasa pedas, masam dan manis.

Daripada tomyam campur, kerabu, kailan ikan masin, siakap tiga rasa hingga nasi goreng Thai, kepelbagaian menu yang ditawarkan membuatkan kedai Siam sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan.

Bagaimanapun, isu berkaitan operasi kedai Siam kembali menjadi perhatian selepas beberapa premis makanan berkenaan dikenakan tindakan penguatkuasaan, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe, menerusi hantaran di media sosial berkongsi pengalaman terkejut apabila menyaksikan sendiri sebuah kedai Siam diserbu ketika beliau sedang melakukan siaran langsung sambil menikmati makanan.

“Ya Allah, pertama kali tengok kedai Siam kena ambush depan mata. Paling sedih tengok tok tu kena gari naik trak sekali.

“Kieda pula tengah live sambil makan, terkejut juga,” katanya.

Image from: ‘Takdak kedai Siam susah kami nak makan’ – Kieda Crepe
Baca juga:

Menerusi perkongsian di Thread itu, Kieda, berharap para peniaga kedai Siam memastikan segala dokumen dan permit berkaitan dipatuhi.

“Untuk peniaga kedai Siam, tolonglah buat permit. Takdak kedai Siam susah juga kami nak makan kalau kami malas masak.

“Dan Kieda manusia yang selalu makan kedai Siam,” katanya.

The post ‘Takdak kedai Siam susah kami nak makan’ – Kieda Crepe appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved