“Takde adab!” – Netizen Bengang Tengok Wanita Buang Air Kecil Di Bangunan CIQ Johor Bahru

Entertainment
8 May 2023 • 5:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bangunan Sultan Iskandar merupakan kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) yang terletak di Johor Bahru bagi persempadanan dengan Singapura, ia merupakan checkpoint bagi pengguna jalan raya.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita bertindak membuang air kecil di pekarangan bangunan tersebut.

Tindakannya itu menimbulkan kemarahan ramai netizen yang mempertikaikan perbuatan kotor wanita berkenaan, seakan tiada tandas awam yang disediakan di bangunan tersebut.

Video berdurasi 24 saat tersebut tular di media sosial, menjengah ke ruangan replies di Twitter ramai yang mengandaikan wanita berkenaan merupakan warganegara Singapura.

Ramai juga yang mengatakan wanita berkenaan hanya membuat perkara kotor itu di Malaysia dan tidak di negara jiran, Singapura.

image is not available

Menurut laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan isu tersebut.

“Jika ada laporan dibuat, kita akan siasat dan ambil tindakan ikut undang-undang. Patuhi peraturan dan jaga kesopanan, gunakan tandas yang disediakan di kawasan terbabit,” katanya.

Harap takde lagi lah kes macam ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.