
Tidak dapat dinafikan, ramai antara kita menggunakan pengangkutan awam seperti bas kerana berpendapat ia lebih mudah lebih-lebih lagi mahu relax jika perjalanan mengambil masa lebih dari 5 jam. Seperti yang kita tahu, kebanyakan bas akan berhenti di beberapa hentian sama ada untuk mengambil dan menurunkan penumpang ataupun untuk rehat sebentar.
Artikel berkaitan: Angkara Bau Durian, Pemandu Bas Di Thailand Pengsan Sampai Perjalanan Terpaksa ‘Delay’
Baru-baru ini viral di media sosial TikTok satu video berdurasi 27 saat, seorang lelaki dilihat sedang berlari sambil memanggil pemandu bas yang baru sahaja bergerak dari stesen itu. Malangnya, usaha penumpang itu tidak membuahkan hasil kerana pemandu bas syarikat swasta itu tidak mengendahkannya.
Menurut Sinar Harian, lelaki itu didakwa lewat satu minit dari waktu operasi perkhidmatan yang dijadualkan menyebabkan dia ditinggalkan di hentian tersebut. Kejadian itu berlaku di hentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan bas itu akan bergerak menuju ke Melaka.
Bas tersebut dikatakan bergerak pada jam 9 malam namun selang seminit selepas itu, kelihatan seorang lelaki telah berlari mengejar bas tersebut. Pengguna yang memuat naik video ini ada memaklumkan kepada pemandu bas berkenaan tetapi dia tidak peduli.
Dia agak kesal dengan pemandu bas kerana bas boleh sahaja berhenti seketika untuk mengambil penumpang itu.
Video itu juga turut mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata daripada mereka pernah menghadapi pengalaman yang sama ditinggal oleh pemandu bas dan ada juga yang pernah dimarahi kerana lambat sedikit sahaja.

Sumber: TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



