Takhta Negeri Sembilan berubah? Exco dakwa proklamasi Tuanku Muhriz sah

LocalPolitics
16 Sep 2026 • 7:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan kolektif bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah sah.

Dalam kenyataan pada Rabu, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

Exco Negeri kongsi kenyataan di laman Facebook

Menerusi kenyataan yang dikongsikan Exco Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli di Facebook, kerajaan negeri menyatakan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta.

Kenyataan itu turut menyebut proklamasi bertarikh 19 April 2026 telah ditandatangani dan dicop mohor oleh Undang Luak yang sah.

“Adalah prerogatif mutlak Undang Yang Empat untuk memilih dan menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan prerogatif ini dijamin oleh Perkara 32 dan Perkara 79 UUTKNS 1959 serta Perkara 71 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.
“Proklamasi tersebut juga telah ditandatangani oleh Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim pada 3 Ogos 2026 menjadikan proklamasi tersebut sempurna menurut Perkara 10 (2) UUTKNS 1959,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Image from: Takhta Negeri Sembilan berubah? Exco dakwa proklamasi Tuanku Muhriz sah

Barisan Exco kerajaan negeri turut menyatakan proklamasi pemilihan Tuanku Nadzaruddin menurut Perkara 11 UUTKNS 1959 bertarikh 19 April 2026 telah ditandatangani dan dicop mohor oleh Undang Luak yang sah dan berkuat kuasa.

Justeru, kerajaan negeri berpandangan proklamasi berkenaan adalah teratur dan sempurna menurut UUTKNS 1959.

“Bahawa pentadbiran kerajaan negeri hendaklah mengambil langkah serta-merta melaksanakan pengumuman ini bagi mematuhi sabda dan ketetapan Undang Yang Empat,” menurutnya.
Image from: Takhta Negeri Sembilan berubah? Exco dakwa proklamasi Tuanku Muhriz sah

Foto: Kosmo!

Difahamkan, perkembangan ini berlaku ketika kedudukan Tuanku Muhriz dan proses berkaitan proklamasi berkenaan menjadi pertikaian. Sebelum ini, Ismail berkata sesuatu proklamasi tidak dengan sendirinya mewujudkan kuasa perlembagaan, manakala pada 9 September beliau mendakwa tandatangannya dibuat secara paksaan.

Dengan keputusan terbaharu MMKN itu, kemelut berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kini memasuki perkembangan baharu, khususnya berkaitan tafsiran dan pelaksanaan UUTKNS 1959.

Sumber: Facebook Mohd Faizal Ramli

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved