Naskhah drama bersiri Madu Atau Racun didakwa ‘menjual’ babak hubungan sejenis sehingga mencetuskan perbincangan dalam kalangan penonton di media sosial.
Bagaimanapun, pengarah drama berkenaan, Eyra Rahman, berharap orang ramai menonton keseluruhan jalan cerita terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penilaian.
Advertisement
Menurutnya, drama 12 episod yang mengangkat kisah kehidupan berpoligami seorang lelaki bersama dua isterinya itu masih mengikut garis panduan, selain mempunyai pengajaran untuk disampaikan kepada penonton.
“Kita sajikan dengan jujur tetapi tidaklah sampai tunjuk adegan intim yang tidak sepatutnya. Kami pun tahu batas serta apa yang perlu dipatuhi atau sebaliknya.”
Katanya, beberapa plot dalam Madu Atau Racun turut berasaskan kisah benar dan bukan sekadar dihasilkan untuk mencetuskan kontroversi.
Eyra berkata, babak membabitkan isteri pertama dan kedua kini menjadi perhatian kerana drama tersebut baru memasuki episod keempat.
“Masing-masing pun faham tugas mereka. Sebenarnya ada antara adegan hanya menggunakan ‘camera trick’ atau ‘cheat shot’. Kalau boleh saya pun tak mahu buat babak bersentuhan, kecuali aksi gaduh.”
Menurutnya, pihak produksi tidak berniat untuk memaparkan perkara yang didakwa sebagai ‘songsang’, sebaliknya segala babak yang ditampilkan dibuat berdasarkan skrip dan tidak berlebihan.
“Nak cakap kami sengaja tunjuk perkara songsang, semuanya ikut skrip, bukan melebih-lebih serta daring seperti didakwa,” ujarnya.
Eyra Enggan Layan Kecaman
Mengakui turut menerima tempias kecaman di media sosial, Eyra memilih untuk tidak membalas segala komen negatif bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin tegang.
“Saya terbuka menerima sebarang komen, cuma kalau sudah sentuh hal sensitif rasanya tidak wajar kalau dilayan. Kita ambil semuanya sebagai pengajaran,” katanya.
Eyra turut mengakui pihaknya memahami kebimbangan yang disuarakan segelintir penonton, namun percaya pengikut setia drama terbitan MIG Productions dapat memahami konteks plot serta sub-plot yang diketengahkan.
“Takkan Nak Kena Azab Baru Sedar?” – PU Amin Ajak Orang Ramai Boikot Drama Ada Unsur Cinta Songsang
Madu Atau Racun Cetus Perhatian Penonton
Terdahulu, drama terbitan iQIYI itu menjadi bualan di platform Threads selepas terdapat dakwaan bahawa naskhah berkenaan terlalu berani apabila mengetengahkan kisah membabitkan hubungan sejenis.
Drama berkenaan memaparkan konflik emosi dan kelainan dalam kehidupan berpoligami.
Kisah bermula apabila Azura lakonan Uqasha Senrose cuba menjadi isteri sempurna, sebelum suaminya, Adli lakonan Aliff Aziz berkahwin dengan Nikita yang dibawakan oleh Elisya Sandha.
Konflik semakin memuncak apabila kedua-dua isteri dibawa tinggal sebumbung sehingga mencetuskan pelbagai krisis, sebelum berlaku kejadian misteri yang mengorbankan nyawa Adli.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Takkan Nak Kena Azab Baru Sedar?" - PU Amin Ajak Orang Ramai Boikot Drama Ada Unsur Cinta Songsang
The post “Kami Tahu Batas” – Pengarah Drama Madu Atau Racun Pertahan Babak Hubungan Sejenis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





