MIG mohon maaf berkaitan kontroversi Madu Atau Racun

LocalEntertainment
2 Sep 2026 • 5:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MIG mohon maaf berkaitan kontroversi Madu Atau Racun

KUALA LUMPUR: Syarikat produksi, MIG Production House membuat permohonan maaf susulan penayangan drama Madu Atau Racun yang menimbulkan kekecohan baru-baru ini.

MIG dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil maklum mengenai isu berkenaan dan mengambil teguran yang diberikan secara terbuka.

“Kepada seluruh penonton, peminat dan semua pihak yang telah memberikan sokongan terhadap drama Madu atau Racun.

“Kami mengambil maklum terhadap isu yang sedang tular dan telah menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat dengan babak yang dilihat agak keterlaluan untuk ditonton
secara umum.

“Kami ingin menegaskan bahawa kami tiada niat sama sekali untuk menyentuh, memperlekehkan atau menimbulkan sebarang kontroversi dengan sengaja.

“Kami memohon maaf dan menghormati pandangan semua pihak dan akan memperbaiki karya kami yang akan datang dan seterusnya mengambil teguran
ini sebagai satu pengajaran yang besar,” tulisnya di Instagram.

Drama Madu Atau Racun yang ditayangkan di platform IQIYI menerima kecaman susulan penayangan babak percintaan kaum sejenis.

Susulan itu satu pertemuan melibatkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bersama bersama wakil MIG, iQIYI, CMCF, PFM dan PTVM akan diadakan petang ini bagi membincangkan isu tersebut. -UTUSAN

The post MIG mohon maaf berkaitan kontroversi Madu Atau Racun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved