”Takkan Saya Nak Bagitahu Dalam Bank Ada Berapa Ribu?” – Muntazar Ghufran

EntertainmentLifestyle
9 Jun 2025 • 4:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Muntazar Ghufran

Pelakon, Muntazar Ghufran akhirnya tampil menjawab isu hangat kononnya dia hanya memiliki RM500 dalam akaun bank hingga menjadi punca putus tunang dengan Saidah Kamarudin.

Menurut laporan mStar, Muntazar meluahkan rasa kesal kerana hal kewangan peribadi dijadikan bahan bualan netizen di media sosial.

Saya pernah merasa ada duit ratusan ribu dalam bank. Takkan saya nak beritahu dalam akaun bank saya ada berapa ribu?

Kewangan adalah hak privasi

image is not available

Muntazar atau nama sebenarnya Muhammad Firdaus Ghani Ghufran, menyifatkan komen mengenai RM500 yang “tak cukup beli susu dan lampin” adalah tidak wajar.

Itu ujian Allah. Mungkin Allah uji saya dengan duit yang sedikit, maka saya perlu sentiasa bersyukur.

Muntazar Ghufran tak mahu layan drama, pilih reda dan teruskan hidup

image is not available

Meskipun kontroversi terus diperkatakan, pelakon berusia 23 tahun ini enggan menambah minyak ke dalam api, sebaliknya memilih untuk tenang dan terus bersyukur.

Saya tak pernah mengeluh. Allah bagi sedikit, saya terima.

Untuk rekod, bekas tunangnya Saidah sebelum ini mendakwa akaun TikTok miliknya telah digodam oleh Muntazar, sekali gus mencetuskan pertikaian di media sosial

Pssttt! Duit boleh dicari, tapi maruah dan privasi tak ternilai. Jangan mudah menghukum orang hanya berdasarkan angka dalam akaun bank mereka.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved