Satu dakwaan mengenai kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia ke Malaysia menggunakan bot laju tular di media sosial selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Threads.
Menerusi hantaran itu, pengguna berkenaan berkongsi beberapa rakaman video yang didakwa dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok dari Indonesia.
AdvertisementMenurut dakwaan tersebut, laluan yang dipercayai digunakan termasuk Kukup, Pontian, Ayer Baloi dan Sanglang.
Malah, individu yang didakwa mengendalikan perkhidmatan itu turut mendakwa pelanggan boleh diambil dari mana-mana lokasi mengikut permintaan.
Rakaman yang tular memaparkan sebuah bot laju sedang bergerak di perairan, selain sebuah lagi bot yang dipenuhi sekumpulan individu dipercayai penumpang.
Berdasarkan keterangan pada salah satu video, perjalanan sejauh kira-kira 65 kilometer itu didakwa mengambil masa sekitar tiga jam.
Pemilik akaun TikTok berkenaan turut mendakwa sebuah bot laju mampu membawa sehingga 27 penumpang dalam satu perjalanan.

Dalam ruangan komen, apabila ditanya mengenai tambang ke Tanjung Balai, pemilik akaun itu mendakwa caj dikenakan ialah RM1,500 bagi setiap individu.
Selain itu, pemilik akaun berkenaan turut mendakwa perjalanan tersebut selamat sambil menjawab pelbagai pertanyaan mengenai tambang dan kapasiti bot.
Susulan perkongsian itu, ramai netizen menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera sekiranya dakwaan berkenaan didapati benar.
“Macam mana boleh lepas, mustahil sekali pun tak pernah bertembung dengan pihak berkuasa. Mohon ambil tindakan segera kalau tak nak makin teruk pendatang dekat Malaysia ni,” komen Raisya.
“Bukan tak dapat kesan tapi tak dapat kejar bot mereka. Arwah ayah aku pernah cerita kes dia kerja macam ni lah. Bukan main laju bot depa. Bayangkanlah empat hingga lapan enjin,” tulis Syawal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wanita Rohingya Menangis Sebaik Lihat Media, 113 Pelarian Ditempatkan Sementara Di IPK Kuala Lumpur
The post “Takkan Tak Bertembung Dengan Pihak Berkuasa?” – Tular Video Bot Laju Seludup PATI Ke Malaysia, Caj Rm1,500 Seorang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





