“Ingat anak, sekali lelaki asing…” – Wanita Kongsi Detik Cemas Boot Kereta Dibuka Orang Tak Dikenali

29 Jul 2026 • 3:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 07 29T150200.209

Pengalaman cemas dan menakutkan dilalui seorang wanita apabila boot keretanya tiba-tiba dibuka oleh seorang lelaki warga asing secara tidak disangka-sangka, sejurus selepas beliau menurunkan anaknya di sebuah pusat muzik di Taman Melawati.

Menerusi hantaran yang dikongsi oleh seorang pengguna Threads, mangsa pada awalnya menyangka tindakan itu dilakukan oleh anaknya sendiri yang mahu mengambil barang di bahagian belakang.

View on Threads

 

Disangkakan Anak, Rupanya Orang Tak Dikenali

Walau bagaimanapun, sangkaan wanita tersebut meleset sama sekali apabila menyedari individu yang membuka boot keretanya merupakan seorang lelaki warga asing.

“Ingat anak saya yang nak ambil barang dari boot, tapi bukan dia. Sebaliknya seorang lelaki Bangladesh atau India yang tak faham Bahasa Melayu yang buka boot kereta saya,” luahnya.

Nasib menyebelahi wanita berkenaan apabila seorang lelaki yang berada di lokasi berhampiran dengan pantas tampil membantu menghalau individu berkenaan serta menutup semula boot keretanya.

Netizen Turut Mulai Risau & Titip Pesanan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dan memberi pelbagai reaksi berhubung insiden menakutkan tersebut.

cats 27

Kejadian yang tular ini menjadi peringatan penting buat semua, terutamanya pemandu wanita, agar sentiasa mengunci pintu dan boot kereta dengan rapi sejurus selepas berhenti di mana-mana kawasan.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved