Takraw Sukan SEA 2025 bakal menjadi antara acara paling dinantikan tahun ini, menampilkan persaingan sengit antara pasukan terbaik Asia Tenggara.
Dengan format pertandingan yang lebih tersusun dan penyertaan atlet berpengalaman, edisi kali ini dijangka menawarkan aksi yang penuh intensiti.
Dalam artikel ini, kami menyediakan senarai kumpulan lengkap serta jadual perlawanan untuk memudahkan anda mengikuti perkembangan pasukan kegemaran anda sepanjang kejohanan.
Pengenalan Takraw Sukan SEA 2025
Sukan ini berasal daripada permainan tradisional yang dimainkan secara meluas di banyak negara Asia Tenggara. Apa yang bermula sebagai aktiviti hiburan tempatan secara santai kemudiannya berkembang menjadi sukan berpiawaian, yang secara rasmi dinamakan Sepaktakraw.
Nama ini menggabungkan dua perkataan: Sepak daripada bahasa Melayu yang bermaksud “tendang”, dan Takraw yang merujuk kepada bola anyaman rotan, mencerminkan sifat permainan tersebut.
Daripada aktiviti akar umbi, ia berkembang menjadi sukan bertaraf antarabangsa sehingga membawa kepada penubuhan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa.
Pada Sukan SEA ke-33 ini, akan berlangsung pertandingan dalam tiga kategori Sepaktakraw dengan keseluruhan 11 acara.
Menurut rekod, Thailand secara konsisten mendominasi sukan ini, manakala Filipina, Indonesia dan Myanmar turut menunjukkan prestasi yang kuat dalam dekad lalu.
Acara Dipertandingkan
Sepak Takraw di Sukan SEA 2025 akan merangkumi 5 kategori iaitu:
- Acara Regu Berpasukan (Lelaki & Perempuan)
- Acara Kuadran (Lelaki & Perempuan)
- Acara Kuadran (Campuran)
- Acara Hoop (Lelaki & Perempuan)
- Chinlone (Lelaki & Perempuan)
Peraturan dan Undang-Undang Pertandingan
Di Sukan SEA, pertandingan Sepaktakraw dibahagikan kepada tiga kategori utama:
Sepaktakraw Standard
- Merangkumi format individu dan berpasukan dengan tiga pemain setiap pasukan.
- Format Quadrant menampilkan empat pemain bagi setiap pasukan.
- Maksimum dua pertukaran pemain dibenarkan setiap set.
- Tiada bahagian badan di atas pinggang, kecuali kepala, dibenarkan menyentuh bola.
- Setiap pasukan dibenarkan maksimum tiga sentuhan sebelum menghantar bola ke seberang jaring.
- Perlawanan dimainkan dalam format tiga set terbaik, setiap set sehingga 15 mata, dengan deuce dihadkan pada 17 mata.
- Servis dilakukan secara bergilir-gilir oleh pemain.
Hoop Takraw
- Menguji ketepatan dan konsistensi dalam menyepak bola melalui gelung yang digantung dalam had masa.
- Setiap pusingan berlangsung selama 5 minit.
- Gelung digantung pada ketinggian 4.5 meter dari tanah.
- Pemain mesti menyepak bola dari dalam bulatan yang ditetapkan.
- Tiada bahagian badan di atas pinggang, kecuali kepala, dibenarkan menyentuh bola.
- Setiap pemain dibenarkan maksimum tiga sentuhan setiap giliran, dan giliran berputar antara rakan sepasukan.
- Setiap sepakan berjaya yang melalui gelung mendapat satu mata.
- Jika bola tersentuh rim sebelum melepasi gelung, mata tidak dikira.
Gaya Chinlone
- Memberi fokus pada persembahan artistik, kemahiran dan kerjasama berpasukan, dengan pemain secara berterusan menimang bola mengikut peraturan dan masa tertentu.
- Dimainkan oleh empat pemain pada satu masa di dalam gelanggang berbentuk bulat berdiameter kira-kira 7 meter.
- Perlawanan berlangsung antara 10 hingga 15 minit, bergantung pada peraturan penganjur.
- Pemarkahan berdasarkan kesinambungan, ketepatan, keindahan pergerakan dan koordinasi pasukan, dengan pasukan yang mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.
Senarai Pasukan dan Kumpulan
Sebanyak 14 negara akan berentap dalam lima acara yang dipertandingkan.
- Malaysia
- Thailand
- Brunei
- Indonesia
- Laos
- Myammar
- Filipina
- Singapura
- Timor Leste
- Vietnam
- Cambodia

Senarai Negara yang Menyertai Chinlone

Senarai Negara yang Menyertai Hoop

Senarai Kumpulan – Regu Perempuan

Senarai Kumpulan – Quadrant Perempuan

Senarai Kumpulan – Quadrant Lelaki

Senarai Kumpulan – Regu Perempuan & Lelaki

Senarai Kumpulan – Quadrant Campuran

Senarai Nama Pemain Skuad Takraw
Senarai Nama Pemain Skuad Takraw Lelaki
- Farhan Adam
- Muhammad Syahir Mohd Rosdi
- Muhammad Haziq Hairul Nizam
- Muhammad Zulkifli Abd Razak
- Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican
- Muhammad Hairul Hazizi Haidzir
- Mohamad Azlan Alias
- Muhammad Hafizul Hayazi Adnan
- Muhammad Afiffudin Mohd Razali
- Muhammad Noraizat Mohd Nordin
- Muhammad Fetri Mohd Azwadi
- Muhammad Shahalril Aiman Halim
- Muhammad Redwan Hakim Muhammad
- Zuleffendi Sumari
- Amirul Zazwan Amir
- Aidil Aiman Azwawi
- Norfaizzul Abd Razak

Senarai Nama Pemain Skuad Takraw Perempuan
- Siti Norzubaidah Che Ab Wahab
- Siti Hadinavilla Jumidil
- Emilia Eva Natasha Saudia
- Siti Hadifitri Navilla Jumidil
- Siti Nor Suhaida Jafri
- Putri Nurleesya Fatihah Nor Azli
- Kamisah Khamis
- Nor Fatihah Sharudin
- Nurul Syifa’ Najwa Mohd Zam Sairon
- Siti Norliafitri Musmuliadi
- Razmah Anam
- Nadillatul Rosmahani Saidin
- Aziera Lusian
- Veronica Asli
- Sharifah Fifi Nurdyana Wan Muhamat Abd Rahim

Tarikh & Lokasi Perlawanan
- Lokasi: Nakhon Pathom Gymnasium Stadium, Nakhon Pathom, Thailand
- Tarikh: 9 – 20 Disember 2025
Jadual Perlawanan
Skuad kebangsaan akan memulakan Berikut adalah jadual perlawanan bagi Takraw Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung nanti:
HARI 1 – 9 DISEMBER (SELASA)

HARI 2 – 10 DISEMBER (RABU)

HARI 3 – 11 DISEMBER (KHAMIS) & HARI 4 – 12 DISEMBER (JUMAAT)

HARI 5 – 13 DISEMBER (SABTU) & HARI 6 – 14 DISEMBER (AHAD)

HARI 7 – 15 DISEMBER (ISNIN)

HARI 8 – 16 DISEMBER (SELASA)

HARI 9 – 17 DISEMBER (RABU)

HARI 10 – 18 DISEMBER (KHAMIS)

HARI 11 – 19 DISEMBER (JUMAAT) & HARI 12 – 20 DISEMBER (SABTU)

Tonton LIVE Takraw Sukan SEA 2025
Anda juga boleh tonton perlawanan Takraw Sukan SEA 2025 secara lansung menerusi platform berikut:
Siaran percuma:
- Facebook & Youtube Channel WeAreSepaktakraw
- Facebook Persatuan Sepak Takraw Malaysia
- Sukan RTM (111)
- TV Okey (Astro 146, MyTV 110)
Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):
- Astro Arena (801, 803, 804)
- Astro Supersport (811 – 813)
Astro akan menampilkan pelbagai program istimewa bagi melengkapkan pengalaman tontonan para penonton. Perincian program adalah seperti berikut:

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyemak jadual rasmi perlawanan dan akses pautan LIVE streaming agar sentiasa terhubung dengan aksi terbaik dari benua Asia dalam sukan Sepak Takraw!
Soalan Lazim – Takraw Sukan SEA 2025
1. Di manakah acara Sepaktakraw Sukan SEA 2025 akan berlangsung?Acara Sepaktakraw akan diadakan di Stadium Gimnasium Nakhon Pathom, Thailand.
2. Bila pertandingan Sepaktakraw akan berlangsung?Pertandingan dijadualkan dari 9 hingga 20 Disember 2025.
3. Negara manakah yang dijangka mendominasi acara Sepaktakraw?Secara tradisi, Thailand merupakan pasukan paling dominan, namun negara seperti Malaysia, Indonesia, Myanmar dan Filipina turut mempunyai rekod prestasi yang kuat.
4. Adakah penonton boleh menonton pertandingan secara langsung?Ya, pertandingan biasanya disiarkan secara langsung melalui rangkaian penyiar rasmi seperti Astro dan platform digital tertentu.
Acara ini dianjurkan di Thailand, negara yang sinonim dengan asal-usul Sepaktakraw, menjanjikan aksi paling berkualiti dan persaingan sengit antara negara-negara Asia Tenggara.
6. Adakah kemasukan ke venue memerlukan tiket?Ya, kebiasaannya penonton perlu membeli tiket. Maklumat lanjut akan diumumkan oleh penganjur secara rasmi.
Sepak Takraw di Sukan SEA 2025 akan merangkumi 5 kategori utama iaitu:
Acara Regu Berpasukan (Lelaki & Perempuan)
Acara Kuadran (Lelaki & Perempuan)
Acara Kuadran Campuran (Mixed Quad)
Acara Hoop (Lelaki & Perempuan)
Acara Chinlone (Lelaki & Perempuan)
Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menetapkan sasaran tinggi dengan mencabar skuad lelaki negara (acara regu lelaki dan quadrant lelaki) untuk memburu dua pingat emas dalam usaha mematahkan dominasi Thailand.
9. Bagaimanakah rekod pencapaian Malaysia dalam edisi-edisi Sukan SEA sebelum ini?Malaysia membawa pulang masing-masing empat perak dan gangsa pada edisi 2023 di Kemboja untuk memperbaiki pencapaian tiga perak dan dua gangsa di Hanoi, Vietnam pada 2021 serta dua perak dan satu gangsa di Filipina pada 2019. Kali terakhir Malaysia menang pingat emas ialah pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur melalui acara regu lelaki.
Baca juga: Sukan SEA 2025 [LIVE]: Jadual Acara, Senarai Sukan, Atlet
