Taktik Baru Simpan Rokok Seludup Di Tanah Perkuburan Berjaya Dikesan Kastam

Entertainment
23 Feb 2025 • 2:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sindiket penyeludupan rokok seludup yang menggunakan taktik baharu dengan menyembunyikan barangan terlarang itu di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan, berjaya ditumpaskan pihak berkuasa.

Dalam serbuan pada 21 Januari lalu, dua lelaki ditahan ketika berada dalam sebuah lori yang diletakkan di kawasan tapak perkuburan di Kamunting, kata Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad.

image is not available

Memetik laporan Kosmo!, Abdul Ghafar berkata, pemeriksaan mendapati lori tersebut mengandungi 852,500 batang rokok seludup pelbagai jenama, dengan nilai anggaran RM93,775 dan jumlah duti atau cukai sebanyak RM554,977.50.

Selain itu, pada hari yang sama, sebuah rumah tidak berpenghuni di Taiping turut diserbu, membawa kepada penemuan 467,100 batang rokok seludup dan kretek bernilai RM57,695, dengan anggaran cukai RM304,713.50.

Abdul Ghafar juga menjelaskan modus operandi sindiket ini adalah dengan meletakkan lori berisi rokok seludup di kawasan sunyi atau premis kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.

image is not available
Gambar Hiasan

Serbuan tersebut merupakan sebahagian daripada enam operasi yang dijalankan sepanjang bulan lalu, termasuk di Pelabuhan Klang, Selangor, Trong, Taiping, dan Pengkalan Hulu.

Sepanjang operasi tersebut, JKDM turut merampas minuman keras, mercun, dan dadah, dengan nilai keseluruhan sitaan termasuk cukai dianggarkan RM4.56 juta.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.