Taktik pilot seludup dadah lepasi pemeriksaan di KLIA terungkai 

14 Aug 2026 • 4:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Taktik pilot seludup dadah lepasi pemeriksaan di KLIA terungkai 

PETALING JAYA – Polis memperoleh maklumat baharu berhubung kes juruterbang warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana menyeludup dadah.

Perkara itu diperoleh hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di Jakarta, Indonesia menerusi sesi pertemuan dan soal siasat terhadap suspek.

Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima kerjasama yang sangat baik daripada Polis Republik Indonesia (Polri) untuk berjumpa dan menyoal suspek.

Katanya, jadual asal pertemuan adalah pada 12 dan 13 Ogos, namun pihak Polri memberi ruang untuk melanjutkan pertemuan sehingga hari ini.

Menurutnya, suspek juga memberikan kerjasama yang baik dan menyalurkan maklumat penting berkaitan rangkaian sindiket dadah antarabangsa.

“Hasil pertemuan selama dua hari pertama, pasukan JSJN berjaya mengetahui penglibatan (suspek) serta rangkaian dan aliran kewangan sindiket dadah dalam dan luar negara.

“Pertemuan itu turut merungkai bagaimana (suspek) dapat melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya hari ini.

Hussein bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kaedah yang digunakan suspek bagi melepasi saringan keselamatan di KLIA.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya kini sedang giat menjejak ahli sindiket dadah yang terlibat di Malaysia.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sepasukan pegawai penyiasat JSJN bukit Aman dihantar ke Jakarta, Indonesia dari 11 hingga 15 Ogos bagi membantu siasatan kes penyeludupan dadah membabitkan seorang juruterbang warga Malaysia.

Suspek ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas dipercayai cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram dadah ke negara berkenaan pada 28 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Taktik pilot seludup dadah lepasi pemeriksaan di KLIA terungkai  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved