Taktik warga Thailand seludup petrol guna kereta tempatan gagal

LocalPolitics
2 Jun 2025 • 11:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Taktik seorang warga Thailand cuba menyeludup 80 liter petrol menggunakan kereta tempatan semasa melalui ICQS Bukit Bunga di Tanah Merah gagal apabila berjaya dikesan KDPN Kelantan pada Ahad.

TANAH MERAH - Taktik seorang warga Thailand cuba menyeludup 80 liter petrol menggunakan kereta tempatan semasa melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga di sini gagal apabila berjaya dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada Ahad.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, penahanan suspek dilakukan pada jam 9.10 pagi menerusi Op Statik semasa melepasi pemeriksaan di kawasan berkenaan.

"Pemeriksaan ke atas kereta jenis Proton Waja itu membawa kepada penemuan tangki yang telah diubah suai sekali gus melepasi kapasiti asal," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut telah menjumpai 80 liter petrol di dalam tangki kereta tersebut.

Ujarnya, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Azman memberitahu, nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta berjumlah RM5,164.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved