
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sepanjang bulan Ramadan ini, pasti kebanyakan orang yang berpuasa memiliki nafsu gastronomi yang luar biasa. Semua makanan ingin dicuba dan kelihatan sedap bukan?
Dalam memenuhi nafsu makan itu, kesihatan diri juga perlulah diutamakan seperti mengawal kandungan kalori yang ingin dimasukkan dalam badan.
Di Malaysia, kebanyakan makanan terkenal ini memiliki kalori yang tinggi kerana digoreng dengan menggunakan minyak yang banyak seperti ayam goreng, keropok lekor dan pisang goreng.
Jadi, macam mana nak buat kalau teringin makan goreng-gorengan tanpa perlu ketepikan soal kesihatan? Tisu Scott Calorie Absorb Towel adalah jawapannya.
Scott Calorie Absorb Towel boleh kurangkan 127 kalori dalam makanan berminyak
Dengan menggunakan tisu itu, lebihan minyak yang ada pada makanan-makanan kegemaran kita dapat diserap sekali gus mengurangkan sebanyak 127 kalori.

Pada tahun ini, Scott membawa perspektif baharu dalam juadah berbuka puasa dan perayaan Hari Raya melalui kempen ‘Kalori Kurang, Raya Lebih Riang’.
Kempen ini menunjukan bagaimana Scott Calorie Absorb Towel boleh menggabungkan antara tradisi dengan kesedaran mengenai kesihatan, serta membolehkan orang ramai menikmati makanan secara lebih sihat tanpa menjejaskan keenakan rasanya.
Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk menangani peningkatan kadar obesiti di peringkat global di mana Malaysia menjadi negara dengan peratusan tertinggi penduduk dewasa yang berlebihan berat badan atau obes di Asia Tenggara.
Baca Artikel Berkaitan: 11 Juta Dewasa Di Malaysia Alami Masalah Berat Badan Berlebihan
Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara
Kempen Kalori Kurang, Raya Lebih Riang akan dilancarkan di bazar Ramadan
Kempen ‘Kalori Kurang, Raya Lebih Riang’ oleh Scott akan dilancarkan di bazar Ramadan utama sekitar Lembah Klang pada bulan Mac ini.
Peniaga yang terlibat akan menunjukkan bagaimana penggunaan Scott Calorie Absorb Towel dalam proses penyediaan makanan dapat mengurangkan lebihan minyak dan kalori tanpa menjejaskan keaslian rasa.
Setiap bazar juga akan menampilkan ‘booth’ Scott yang mana pengunjung boleh menyertai cabutan ‘Spin the Wheel’ untuk memenangi barangan eksklusif Scott, termasuk Scott Calorie Absorb Towel, sampul duit Raya, beg tote, dan balang kuih.
Pengunjung juga boleh bergambar bersama maskot Scott Kitchen Towel dan membawa pulang sampul duit Raya apabila berkongsi gambar mereka di media sosial dengan tanda pagar #KaloriKurangRayaLebihRiang.

Bagi mengukuhkan lagi kempen ini, Scott akan bekerjasama dengan lebih 10 influencer untuk menghasilkan resipi sihat dan mudah sepanjang bulan Ramadan, sekali gus menonjolkan keupayaan Scott Calorie Absorb Towel dalam menyerap minyak secara efektif.
Raikan Ramadan dengan lebih sihat tahun ini dengan mengunjungi bazar Ramadan ‘Kalori Kurang, Raya Lebih Riang’ di Bazaar Ramadan Stadium Shah Alam pada 6th sehingga 8th Mac 2025 dan Bazaar Ramadan USJ 4 pada 13 sehingga 15 Mac 2025 dan saksikan sendiri keajaiban Scott Calorie Absorb Towel.

![Ragam Adik-beradik Cuak Minta ‘Greenlight’ Dari Bapa Untuk Kurangkan Rakaat Tarawih Cuit Hati Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![“Nampak Bahaya” – Lori Treler Didakwa Bawa Blok Batu Tanpa Penghadang Buat Ramai Risau [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)

![Christy Ng Restock Pantri Untuk Staf Sempena Ramadan Raih Pujian, Siap Ada Kurma! [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/business-and-finance.jpeg)