“Takut rasa benci tu datang” – Wanita Kesal Bapa Bandingkan Gaji Suami Depan Saudara Ketika Beraya

Entertainment
17 Apr 2024 • 5:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara amalan yang dianjurkan semasa Aidilfitri adalah saling menziarahi dan menyambung ikatan silaturahim.

Hari raya lah waktu terbaik untuk berkumpul sanak saudara, sama ada yang jauh dan yang dekat dengan berkongsi cerita serta bergurau senda.

Namun, kita juga digalakkan memilih topik perbualan yang tidak menyentuh sensitiviti sehingga boleh menyebabkan seseorang itu terasa hati.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook meluahkan rasa sedihnya ketika dia pulang berhari raya di rumah ibu bapanya.

Ketika sanak-saudara datang menziarahi keluarganya, bapanya membuka topik perbualan berkaitan gaji dan ekonomi.

image is not available

Namun, apa yang membuatkan wanita itu berasa kesal apabila bapanya membandingkan gaji suami di hadapan keluarga lain.

“Saya terdengar yang ayah cakap sekarang ni kalau gaji dekat RM3,000 pun tak cukup nak hidup. Ayah jadikan pula suami saya sebagai contoh. Tengok macam suami si tut… gaji tak sampai RM3,000 kehidupan daif apa pun tak ada. Saya sebagai isteri nak nangis rasa ayah cakap suami saya camtu depan sedara mara,” tulisnya.

Kongsinya, suaminya itu hanya bekerja di kampung dan dia pula seorang suri rumah dan tidak bekerja.

Walaupun gaji suaminya tidak begitu banyak nak dibandingkan saudara yang lain, dia mengakui suaminya tetap melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Takut rasa benci tu datang”

Kongsinya lagi, pada awal perkahwinan, bapanya tidak menyukai suaminya kerana bekerja di kampung sehinggakan mereka pernah dihalau keluar rumah (duduk bersama dengan ibu bapa) walaupun dia sedang sarat mengandung.

Kata wanita itu lagi, walaupun kehidupan dia dan suaminya sudah bertambah baik dan sudah berpindah ke tempat lain, ibu bapanya tetap mengata mereka.

“Suami selalu bagi tahu kat saya tak payah simpan dalam hati. Saya tak tahu macam mana lagi nak elak supaya saya tak timbul rasa benci pada orang tua saya. Saya takut satu hari nanti rasa benci tu datang.”

image is not available

Yang penting kerja tu halal. Tak perlu bandingkan kerja anak-anak…

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.