“Takut Tayar Kotor, Ada Najis” – Wanita OKU Berkerusi Roda Terkejut Diminta Keluar Dari Kedai Bakeri

LocalOpinion
16 Aug 2024 • 8:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
oku viral

Tular di media sosial perkongsian seorang individu kurang upaya (OKU) mendakwa tidak dibenar masuk ke kedai bakeri kerana berkerusi roda.

Menerusi perkongsian di laman Facebook OKU Sentral, individu berkenaan berkata, dia sudah mengambil roti namun diminta untuk keluar dari kedai.

Pekerja berkata, sudah terdapat notis di hadapan kedai menyatakan kerusi roda tidak dibenarkan masuk. Namun, individu ini melihat hanya gambar stroller bayi yang kelihatan di situ.

Dia kata takut tayar kotor kedai dia, ada taik ke.. Pergh pertama kali kena macam ni, masjid yang suci tu pun benarkan kerusi roda masuk. Kita bukan minta sedekah, nak beli kot.

Di ruangan komen, seorang pengguna Facebook memuat naik screenshot perbualan dipercayai daripada pemilik kedai bakeri tersebut.

Pemilik kedai mengakui premisnya tidak dibenarkan memakai selipar termasuklah stroller bayi dan kerusi roda.

Jelasnya lagi, staf hanya menjalankan tugas kerana sebelum ini sudah ada kejadian di mana terdapat kesan kotoran najis.

Kedai bakeri ini bagaimanapun memohon maaf di atas segala kekurangan dan kesulitan yang berlaku.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook OKU Sentral