“Takutlah pada Allah…” – PU Syed tegur Liyana Jasmay anggap pakai seksi perkara biasa

EntertainmentOpinion
21 Sep 2025 • 5:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penceramah bebas, PU Syed tampil menegur pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay, susulan kenyataan beliau sebelum ini yang mengakui gemar memakai pakaian seksi.

Menerusi hantaran di Facebook, PU Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegaskan, sebagai umat Islam, kehidupan kita terikat dengan halal dan haram.

“Terbuka atau tertutup penerimaan kamu kepada kata-kata netizen di luar sana, kamu kena ingat sebagai umat Islam, kita terikat dengan halal dan haram.
“Bahkan kedua-dua jelas seperti disebutkan Rasulullah SAW,” katanya.

image is not available

PU Syed tegur Liyana Jasmay

Dalam pada itu, PU Syed turut menitipkan pesanan kepada Liyana agar lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian bagi menjadi contoh baik kepada pengikutnya.

“Kamu ramai pengikut, janganlah sampai mereka terikut-ikut dengan gaya penampilan kamu. Takutlah pada Allah…” tambahnya lagi.

image is not available

image is not available

Terdahulu, Liyana Jasmay menerima kecaman ramai selepas mengakui gemar mengenakan pakaian seksi dalam kehidupan harian, namun menegaskan beliau jarang berkongsi penampilannya itu di media sosial.

Sumber: FB PU Syed