Talk To My Manager: Netizen Terhibur Tengok Ammar Ayyan Jadi Pengacara - “Funny La Dia Ni…”

Lifestyle
25 Aug 2025 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ayyan, mencuri perhatian ramai selepas membuat kemunculan dalam program Post Mortem Talk To My Manager.

Menerusi perkongsian di Threads, rata-rata penonton mengakui terhibur dengan gaya spontan Ammar sepanjang program tersebut.

“Bila host teramat sopan dan sangat mengikut cue card,” tulis salah seorang penonton.

Menjengah ke ruangan komen, netizen rata-rata bersetuju dengan kenyataan itu dan berpendapat Ammar berjaya mencetuskan lawak secara semula jadi tanpa perlu berlebih-lebihan.

“Lawak tanpa usaha.

“Formal nau orangnya. Dekat Meletop haritu dia panggil Encik Nabil dan Encik Hun.

“Serius tapi lawak. Hahahahahaha nampak la dia btul2 guna bahasa yang bagus.

“Amar tak payah susah2 cari dialog untuk buat lawak.. tak payah nak susah baca skrip

“Hahaha! Funny la dia ni,” komen netizen.

Post Mortem Talk To My Manager dikendalikan oleh Datuk Seri Aliff Syukri dan Ammar Ayyan sejurus selesai konsert mingguan TTMM pada jam 11 malam di saluran Astro Ria. 

Talk To My Manager dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.

Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.

View Original Article