‘Talkin’ kempen PRN: Altimet tegur Shamsul Iskandar -“Ini bukan caranya…mohon padam”

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 3:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Altimet tampil menegur kandungan video talkin dimuat naik bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang disifatkannya tidak sesuai dijadikan bahan kempen politik.

Tegur ini bukan cara betul

Menerusi kenyataan di media sosial, Ketua Cabang PKR Ampang itu turut meminta video berkenaan dipadam menerusi hantaran ringkas di media sosial.

“This ain’t it, fam (ini bukan caranya, kawan). Jangan main-mainkan hal macam ni. Mohon delete,” tulis Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad.

Image from: ‘Talkin’ kempen PRN: Altimet tegur Shamsul Iskandar -“Ini bukan caranya…mohon padam”

Video talkin gesa pengundi ambil peluang

Menerusi video tersebut, Shamsul menggesa pengundi supaya mengambil peluang mendapatkan pelbagai bantuan yang ditawarkan parti lawan termasuk Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), namun mengingatkan mereka agar tidak memberikan undi kepada parti berkenaan.

“Wahai pengundi-pengundi Johor, akan datang kepada kamu Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan parti-parti bersama yang lain, janganlah merasa gerun atau gentar kerana mereka makhluk Allah jua.
“Apabila diberi RM100, mintalah RM500. Apabila diberi kopi atau teh, mintalah Milo, susu dan beras untuk keperluan selama sebulan.
“Namun apabila diminta untuk mengundi mereka, jawablah dengan lidah yang fasih dan terang. Kami tetap akan undi Harapan,” katanya dalam video tersebut.

Untuk rekod, pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung hari ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 1 Jun lalu.

Sumber: Thread altimet
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved