Ahli politik PKR, Shamsul Iskandar Md Akin sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik sebuah video bertajuk “talkin pilihanraya”, ketika kontroversi membabitkan video yang didakwa memaparkannya menghisap cerut masih belum reda.
Video tersebut mengundang kecaman dalam kalangan pengguna media sosial beragama Islam yang menyifatkan kandungannya tidak sesuai dan tidak sensitif.
Menerusi video berkenaan, Shamsul tampil memakai jubah putih dan kopiah, manakala cara penyampaiannya menyerupai bacaan talkin. Namun, kandungan ucapannya diubah kepada mesej berunsur kempen pilihan raya yang mengajak orang ramai mengundi Pakatan Harapan.
Dalam ucapannya kepada pengundi di Johor, beliau berkata akan ada pihak daripada parti lain yang datang menemui mereka dan mungkin menawarkan wang sebanyak RM100. Beliau kemudian menyarankan supaya pengundi meminta RM500 sebagai balasan.
“Kalau mereka bagi RM100, minta RM500.”
Beliau turut berseloroh bahawa jika ditawarkan kopi atau teh, pengundi sebaliknya perlu meminta Milo, beras dan bekalan makanan untuk tempoh sebulan.
Namun apabila diminta mengundi parti lain, beliau berkata pengundi perlu memberikan jawapan yang jelas bahawa mereka tetap akan mengundi Pakatan Harapan.
Dalam Islam, talkin merupakan bacaan yang lazimnya dibacakan selepas seseorang Muslim dikebumikan. Ia berfungsi sebagai peringatan tentang akidah dan keimanan, selain dianggap sebagai amalan yang mempunyai nilai keagamaan serta berkait rapat dengan kematian dan kehidupan akhirat.
Walaupun video tersebut dipercayai dibuat sebagai gimik kempen pilihan raya, ramai berpendapat pendekatan yang digunakan tidak sesuai.
Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya yang juga rakan separtinya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet, turut memberi reaksi tidak bersetuju.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kebetulan Dia Ada Berdekatan, Tak Sempat Lari..." - Bapa Percaya Anak Bukan Sasaran Utama Dalam Insiden Tik*man Di Sekolah
The post “This Ain’t It Fam” – Altimet Tegur Video ‘Talkin Pilihanraya’ Shamsul Iskandar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![Baca ‘Talkin’ Buat Pengundi PRN Johor, Tindakan Shamsul Iskandar Undang Kritikan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/baca-talkin-untuk-pengundi-johor-1.jpg?t=1783576340)


