‘Diberi RM100, minta RM500’ – Shamsul Iskandar muat naik ‘Talkin Pilihan Raya’

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 9:31 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Shamsul Iskandar berkongsi hantaran Talkin Pilihan Raya kepada pengundi Johor sempena PRN.

Pengundi di Johor diseru supaya tidak berasa takut atau gentar menghadapi kehadiran Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) serta parti-parti lain yang bakal turun berkempen pada pilihan raya negeri akan datang.

Seruan itu disampaikan oleh bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menerusi satu ucapan ‘Talkin Pilihan Raya’ yang ditujukan kepada anak negeri Johor.

Dalam ucapan berkenaan, beliau berkata pengundi tidak seharusnya berasa gerun terhadap mana-mana pihak kerana mereka juga merupakan makhluk Allah.

Beliau turut menyentuh mengenai pemberian bantuan atau tawaran kepada rakyat ketika musim pilihan raya, sambil menyarankan pengundi supaya meminta lebih banyak manfaat yang diperlukan.

“Apabila diberi seratus ringgit, mintalah lima ratus ringgit. Apabila diberi kopi dan teh, mintalah Milo, susu dan beras untuk keperluan selama sebulan,” katanya.

Baca juga:

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan undi tetap menjadi hak rakyat dan menyeru penyokongnya supaya menyatakan pendirian dengan jelas apabila diminta memilih parti.

“Namun, apabila diminta untuk mengundi mereka, jawablah dengan lidah yang fasih dan terang, kami tetap akan undi Harapan,” katanya.

The post ‘Diberi RM100, minta RM500’ – Shamsul Iskandar muat naik ‘Talkin Pilihan Raya’ appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved