Tamat reman, dua tokoh korporat dibebas dengan jaminan SPRM

LocalBusiness & Finance
7 Oct 2026 • 3:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tamat reman, dua tokoh korporat dibebas dengan jaminan SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan dua tokoh korporat adik beradik bergelar Datuk Seri dan Datuk Wira yang direman bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dan salah guna kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta dengan jaminan.

Suspek bergelar Datuk Wira telah dibebaskan pada 5 Oktober lalu sebaik tempoh remannya berakhir, manakala seorang lagi suspek yang bergelar Datuk Seri dilepaskan hari ini selepas tempoh remannya dilanjutkan selama dua hari sebaik sahaja tamat pada 5 Oktober lalu.

Menurut sumber, sebelum ini, kedua-dua suspek ditahan reman selama lima hari sehingga 5 Oktober lalu.

“Pada masa sama, SPRM turut menyita 15 unit kereta mewah bernilai kira-kira RM31 juta selain 12 unit motosikal berkuasa tinggi bernilai kira-kira RM5 juta, lima unit jam tangan mewah, tiga unit gelang tangan dan wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000.

“Selain itu, SPRM turut membekukan dua akaun peribadi bernilai kira-kira RM2 juta,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM. – KOSMO! ONLINE

The post Tamat reman, dua tokoh korporat dibebas dengan jaminan SPRM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved