2 beradik ahli perniagaan bergelar Datuk Seri, Datuk Wira dibebas dengan jaminan SPRM

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 3:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 2 beradik ahli perniagaan bergelar Datuk Seri, Datuk Wira dibebas dengan jaminan SPRM
Abd Halim

PUTRAJAYA - Dua ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan Datuk Wira yang direman bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dan salah guna kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta dibebaskan dengan jaminan.

Individu bergelar Datuk Wira telah dibebaskan pada Isnin lalu sebaik tempoh remannya berakhir.

Seorang lagi yang bergelar Datuk Seri pula dilepaskan pada Rabu selepas tempoh remannya dilanjutkan selama dua hari.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua beradik lelaki itu ditahan reman selama lima hari sehingga 5 Oktober.

SPRM turut menyita 15 unit kereta mewah bernilai kira-kira RM31 juta, 12 unit motosikal berkuasa tinggi bernilai kira-kira RM5 juta, lima unit jam tangan mewah, tiga unit gelang tangan dan wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000.

Selain itu, SPRM turut membekukan dua akaun peribadi bernilai kira-kira RM2 juta.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved