Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

LocalPolitics
12 May 2026 • 8:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

KUALA LUMPUR - “Jangan sabotaj Ketua Pesuruhjaya yang baharu kerana jika anda berbuat demikian, itu bermakna anda mensabotaj organisasi sendiri”.

Itu ‘amaran’ diberikan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki yang menamatkan tugasnya hari ini, selepas enam tahun mengemudi suruhanjaya itu. 

Dalam ucapan perpisahannya, beliau turut mengingatkan seluruh warga SPRM agar memberikan sokongan penuh kepada Ketua Pesuruhjaya baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman.

Katanya, sokongan padu yang tidak berbelah bahagi amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan pentadbiran dan kesinambungan legasi organisasi terus diperkukuhkan.

“Tolong sokong pengurusan tertinggi SPRM kerana mereka akan meneruskan legasi kita,” katanya.

Tegas Azam, SPRM perlu terus kekal relevan sebagaimana yang dihasratkan kepimpinan terdahulu.

"Organisasi ini mesti terus relevan seperti yang diimpikan oleh kepimpinan terdahulu. 

“Saya hanya meneruskan legasi yang ditinggalkan demi negara dan rakyat,” katanya.

Menerusi majlis sama, Azam menzahirkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur serta seluruh pegawai SPRM atas majlis perpisahan berkenaan. 

Majlis tersebut sekali gus menamatkan tempoh 42 tahun perkhidmatannya dalam sektor awam. - Getaran, 12 Mei 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved