Tamatkan Zaman Janda, Ina Naim Kembali Bergelar Isteri!

8 Nov 2024 • 12:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu, Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal, pada Jumaat.

Menerusi video yang dikongsikan di Tiktok, Telur Pindang Tradisi Johor memaparkan momen pasangan itu melangsungkan pernikahan di kampung halaman Ina iaitu di Kota Tinggi, Johor.

Ina atau nama lengkapnya Nordiana Md Naim, 40, telah menerima mas kahwin berjumlah RM100.

Pada masa sama, akaun Telur Pindang Tradisi Johor juga berkongsi beberapa video lain antaranya video hantaran perkahwinan dan juga video yang memaparkan Khairul Rizal yang lengkap memakai busana pengantin sedang menunggu di luar rumah untuk menuju ke lokasi akad nikah.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan disamping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.

Untuk rekod, Ina berkahwin dengan Suhaimi pada 2007 dan dikurniakan empat anak bersama Allahyarham yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam.

Allahyarham Suhaimi telah meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved