Tambahan trip feri sempena sambutan Tahun Baharu Cina 5 Februari ini

LocalTravel
3 Feb 2025 • 6:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga trip perjalanan feri dari PRTU, George Town ke PSAH, Butterworth akan ditambah pada jam 12 tengah malam, 12.30 tengah malam dan 1 pagi. Gambar kecil: Yeoh Soon Hin

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan menyediakan tiga perjalanan tambahan perkhidmatan feri bagi memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baru Cina di Pengkalan Weld pada 5 Februari ini.

Pengerusinya, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, langkah itu diambil selepas pihak pelabuhan menerima permohonan rasmi daripada kerajaan Pulau Pinang dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) untuk menyelaras jadual perkhidmatan feri sepanjang program tersebut berlangsung.

Menurutnya, satu inisiatif akan diambil untuk memudahkan pergerakan pengunjung program tersebut yang mana sebanyak tiga trip perjalanan feri dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU), George Town ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth akan ditambah iaitu pada jam 12 tengah malam, 12.30 tengah malam dan 1 pagi.

“Sebagai pihak berkuasa dan badan kawal selia pelabuhan, SPPP bersama operator pelabuhan, Penang Port Sdn Bhd berharap inisiatif ini dapat membantu kelancaran pergerakan pengunjung sepanjang program berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Program Sambutan Tahun Baru Cina di Pengkalan Weld akan bermula pada jam 7 malam sehingga 12 tengah malam dan dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung.