Tambang KLIA Ekspres, KLIA Transit naik RM10 kepada RM65 mulai 1 Januari 2027

LocalBusiness & Finance
30 Sep 2026 • 10:49 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tambang KLIA Ekspres, KLIA Transit naik RM10 kepada RM65 mulai 1 Januari 2027 Image from: Tambang KLIA Ekspres, KLIA Transit naik RM10 kepada RM65 mulai 1 Januari 2027 hamden30/09/2026 - 10:49 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 Sept - Tambang KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan dinaikkan mulai 1 Januari 2027, dengan tambang sehala standard bagi penumpang dewasa antara KL Sentral dan KLIA (Terminal 1 dan 2) meningkat kepada RM65 daripada RM55.

 

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) berkata, pelarasan tambang itu merupakan yang pertama sejak 2016, susulan peningkatan ketara dalam kos operasi dan penyelenggaraan.

 

Menurut kenyataan pada Rabu, tambang bagi sektor lain turut akan diselaraskan sewajarnya, selaras dengan perjanjian konsesi ERL dengan kerajaan.

 

 

 

 

 

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Datin Noormah Mohd Noor berkata, pelarasan itu mencerminkan realiti pengendalian perkhidmatan rel lapangan terbang berkualiti tinggi.

 

“Pelarasan ini memastikan ERL dapat mengekalkan standard perkhidmatan serta terus melabur dalam pengalaman penumpang untuk jangka panjang,” katanya.

 

 

 

 

 

Dalam pada itu, ERL sedang bekerjasama dengan rakan kongsi bagi meneroka tawaran diskaun tiket eksklusif sehingga 30% mulai Januari 2027.

 

ERL berkata, butiran lanjut mengenai tawaran tersebut akan diumumkan selepas dimuktamadkan. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved