
Tambang perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan dinaikkan bermula 1 Januari 2027. Ini merupakan kali pertama tambang kedua-dua perkhidmatan dinaikkan sejak tahun 2016 dan diambil berikutan kos operasi serta penyelenggaraan yang semakin meningkat.
Perjalanan sehala untuk orang dewasa antara KL Sentral dan KLIA Terminal 1 serta KLIA Terminal 2 KLIA akan menongkatkan ke RM65 berbanding RM55 sebelum ini. Untuk dua hala dewasa pula ia meningkat ke RM118 berbanding RM100. Penyelarasan turut dilakukan ke atas tiket untuk kanak-kanak.
| Tambang Lama | Tambang Baharu | |
| Dewasa Sehala | RM55 | RM66 |
| Dewasa Dua Hala | RM100 | RM118 |
| Kanak-Kanak Sehala | RM25 | RM29 |
| Kanak-Kanak Dua Hala | RM45 | RM53 |
Selain laluan utama tersebut, kadar tambang bagi sektor-sektor perkhidmatan rel yang lain juga akan disesuaikan mengikut kadar baharu yang ditetapkan.
Bagi mengurangkan impak kenaikan ini, ERL kini sedang bekerjasama rapat dengan rakan rakan kongsi untuk menawarkan potongan tiket eksklusif sehingga 30% bermula tahun 2027. Maklumat lanjut serta perincian mengenainya akan diumumkan kelak sebaik sahaja segala perancangan dimuktamadkan. Untuk maklumat lebih terperinci mengenai harga tiket baharu, sila ke pautan di bawah.
Sumber – KLIA Express





