Tamim Dahri serah diri di IPD Port Dickson

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 6:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tamim Dahri serah diri di IPD Port Dickson
Tamim Dahri

PORT DICKSON- Polis mengesahkan aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak yang didakwa melarikan diri ke luar negara berhubung kes ugutan menerusi Facebook akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Port Dickson pada Sabtu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pemuda berusia 33 tahun itu telah menyerah diri sekitar jam 12.45 tengah hari.

Menurutnya, siasatan bermula selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berketurunan India pada 10 Mac lalu kira-kira jam 6.25 petang yang mendakwa telah diugut oleh suspek di Facebook.

“Berikutan laporan itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Usaha mengesan suspek telah dijalankan di sekitar Kajang, Selangor, namun siasatan mendapati lelaki berkenaan dipercayai telah melarikan diri ke Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam pada 9 Mac lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati, suspek berada di Thailand selama lebih empat bulan sebelum kembali ke negara ini melalui laluan tidak sah di sempadan Kelantan.

Katanya, sebaik tiba di Malaysia, suspek telah tampil menyerah diri di IPD Port Dickson bagi membantu siasatan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban esok untuk permohonan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved